Home » » Shahrizat Fokus Pemerkasaan Wanita

Shahrizat Fokus Pemerkasaan Wanita

Written By Unknown on 05/12/2013 | 6:00 pm


DATUK Seri Shahrizat Abd Jalil dalam ucapan dasarnya yang pertama setelah dipilih semula sebagai Ketua Wanita UMNO dalam pemilihan parti tersebut bulan lepas, telah menyentuh pelbagai isu yang menjurus kepada agenda untuk memperkasa peranan Wanita dalam UMNO.  

Sementara Presiden UMNO, Datuk Seri Najib mengkhusus kepada agenda yang lebih besar - memperkasakan ekonomi Melayu, Shahrizat pula mengkhusus kepada pemerkasaan Wanita.

Ucapan Shahrizat menyentuh semua aspek yang boleh dikaitkan dengan peranan Wanita dalam memperkasakan UMNO untuk menghadapi cabaran yang lebih besar di masa hadapan.  

Antara lain, Shahrizat mengimbau semula peranan Wanita dalam membantu kejayaan UMNO dalam PRU13 yang lepas sehingga kita sekali lagi berjaya mengekalkan kuasa di peringkat persekutuan dan 9 buah negeri.

Mengisi bahagian awal ucapannya, Shahrizat menyatakan rasa kagumnya terhadap kebijaksanaan Perdana Menteri mencatur strategi politik yang betul sehingga BN dan UMNO berjaya mengatasi halangan terbesar dalam PRU13 yang lepas.  Shahrizat menyifatkan Najib sebagai seorang strategis hebat, yang mana kalau diibaratkan dalam keadaan yang biasa - seperti seorang Grandmaster dalam permainan catur.

Pengiktirafan tertinggi ini diberikan Shahrizat kepada Najib, berikutan keupayaan beliau mengekalkan kuasa di Putrajaya disebalik asakan hebat dari parti-parti pembangkang yang diketuai Anwar Ibrahim yang telah memulakan kempen pilihanraya mereka sejak 2008 lagi, sedangkan Najib hanya bemula pada April 2009 sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia.

Selain itu, Shahrizat berterusan mendesak pihak kerajaan agar meningkatkan jumlah Wanita sebagai pembuat keputusan penting dalam kerajaan dan syarikat-syarikat yang dikuasainya.  Sememangnya sejak mula mengambil alih jawatan dari Tan Sri Rafidah Aziz pada 2009, isu ini adalah antara agenda penting yang menjadi keutamaan Shahrizat.

Memang banyak yang telah dilakukan kerajaan dalam memperkasakan peranan Wanita di peringkat kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), tapi dengan bilangan wanita berpendidikan tinggi di negara kita yang semakin meningkat, Shahrizat punya banyak sebab untuk tidak berasa puas hati.

Paling menarik, Shahrizat turut menggariskan matlamat untuk membawa Wanita menjadi jentera politik UMNO, bukan semata-mata jentera pilihanraya seperti yang semua sedia maklum.  Menjadi jentera politik bermaksud, penglibatan Wanita UMNO bukan lagi sebagai perayu undi atau yang seperti itu semata-mata, tapi lebih besar dan penting dari itu lagi.

Jika matlamat Shahrizat ini tercapai, Wanita kini bukan lagi berperanan sebagai pihak pelaksana sahaja, tapi turut terlibat aktif dalam merangka strategi untuk memperkasakan politik UMNO di seluruh negara.

Inilah yang dikatakan bahawa ucapan dasar Shahrizat ini bertujuan memperkasakan lagi Wanita UMNO sehingga ke satu tahap yang lebih tinggi dari sekarang.


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger