Home » » Selamatkah Selangor ; Remaja 16 Tahun Rogol Guru Tadika Di Berkas

Selamatkah Selangor ; Remaja 16 Tahun Rogol Guru Tadika Di Berkas

Written By Unknown on 11/12/2013 | 9:00 pm



Kajang - Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun layak digelar binatang apabila tergamak merogol guru tadika di Taman Impian, di sini, pagi kelmarin hanya kerana meminati wanita itu dan menaruh perasaan cinta terhadapnya.
Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang padah apabila mangsa berusia 26 tahun menghubungi pasangan suami isteri yang juga majikannya sebelum remaja itu berjaya dikesan di sebuah klinik haiwan berhampiran taman itu.

Suspek kemudian ditahan selepas mangsa mengecam wajahnya dan dibawa ke Balai Polis Kajang untuk siasatan lanjut.Sumber berkata, guru terbabit pada mulanya datang ke tadika itu kira-kira jam 7 pagi berseorangan kerana tadika itu tidak dibuka kerana masih bercuti.

“Mangsa pada mulanya menyedari kehadiran remaja itu yang menunggu di luar tadika dan tidak mengesyaki apa-apa dan terus membuka pintu pagar sebelum mahu masuk ke dalam.

“Bagaimanapun, sebaik mangsa membuka pintu tiba-tiba remaja itu terus datang dari belakang dan memeluknya sebelum mengheret mangsa masuk ke dalam tadika itu. Malah, remaja itu memberitahu meminati mangsa dan menaruh perasaan cinta terhadapnya,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang terkejut dengan tindakan remaja terbabit cuba melawan, namun gagal sebaliknya remaja itu terus menanggalkan pakaian mangsa sebelum merogolnya.

“Selepas merogol mangsa, remaja terbabit terus melarikan diri. Mangsa yang trauma dengan kejadian itu menghubungi majikannya yang tiba tidak lama kemudian.

“Mangsa menceritakan apa yang berlaku sebelum memberikan gambaran mengenai wajah remaja berkenaan kepada majikannya itu,” katanya.

Menurutnya, majikannya kemudian terus keluar mencari remaja itu di kawasan berhampiran sebelum menemuinya berhampiran sebuah klinik haiwan.

“Majikannya itu kemudian membawa remaja itu berjumpa dengan mangsa untuk pengecaman sebelum wanita itu mengesahkan remaja itu yang merogolnya.

“Mereka kemudian membawa remaja itu ke balai polis dan mangsa turut membuat laporan berhubung kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. - Lapor Mymetro.


foto hiasan
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger