Jangan terkesan dengan berita kat bawah bila anda baca nanti..tu semua sandiwara..kalau anda nak tahu..sepenggal yang lalu..menang saja pyok kera ni maka berlambak projek perumahan KAWASAN RISIKO yang d luluskan segera..memang betul..ada permohonanan d zaman Kerajaan BN..namun kalau betul nak bela nyawa rakyat maka teliti dulu permohonan itu..
Bukan setakat d Selayang..semua tempat termasuk Subang Jaya..datang dan lihat sendiri..dulu dah kena banjir lumpur akibat tarahan bukit itu..kini terpacak bangunan tinggi betul-betul tepi lereng bukit !!..tak masuk akal..
Malah PROJEK PERUMAHAN MEWAH d puncak bukit yang sama juga khabarnya mendapat kelulusan khas d zaman pemerintahan pakatan haram !
Ni cerita sandiwara d Selayang dalam Sinar;
Selari dengan itu, banyak tanah hutan digondol untuk pembinaan kawasan rumah tidak terkecuali di cerun dan lereng bukit.
Tinjauan Sinar Harian mendapati kebanyakan projek yang dijalankan untuk kawasan itu terdiri unit jenis banglo, teres dan townhouse berbanding rumah jenis berkepadatan tinggi.
Terdapat beberapa bantahan penduduk susulan daripada projek pembangunan ini.
Antaranya daripada penduduk Templer Villas berkenaan projek kawasan tanah tinggi berhampiran taman perumahan mereka yang didakwa menjejaskan keselamatan dan struktur binaan mereka.
Wakil penduduk, Pengerusi Persatuan Pemilik dan Penduduk Templer Villas, Thay Peng Kee berkata, pihaknya meminta supaya kelulusan projek dikaji semula selepas keputusan pakar runding luar mendapati pemaju tidak mematuhi pelan asal permohonan.
“Laporan kajian telah dihantar kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan memanjangkan isu tersebut kepada pejabat Menteri Besar dan Exco Pelancongan dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong.
“Kita minta supaya MPS turun padang dan pantau projek ini. Jangan terlalu percaya dengan pelan yang dihantar dalam permohonan selepas laporan kajian yang kami buat,” katanya.
Foto tahun lepas d Bukit Cermin, Putra Heights, Subang Jaya
Post a Comment