Home » » Sambutan Tahun Baru ; Kena Bezakan Antara Kalendar Islam & Kalendar Masehi

Sambutan Tahun Baru ; Kena Bezakan Antara Kalendar Islam & Kalendar Masehi

Written By Unknown on 29/12/2013 | 8:30 pm


Dari Facebooker Ab Jalil Backer ;


Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia mencadangkan kerajaan membatalkan konsert dan pertunjukan bunga api bagi sambutan tahun baru dan digantikan dengan solat hajat dan tahlil. Saya menyokong beliau semasa pertandingan. Namun pandangan beliau kali ini saya fikir kebudak-budakkan.

Pertamanya, sambutan tahun baru kebanyakannya dianjurkan oleh pihak swasta. Apa hak kerajaan untuk membatalkan? Jamawi kena fahami isu sebelum bercakap.

Kedua, ramai orang mungkin tidak bersetuju dengan saya, namun saya tetap menganggap tiada keperluan hendak buat solat hajat atau tahlil untuk sambutan tahun masehi ini. Ini bukan kalendar Islam.

Jamawi kena faham apakah asal-usul kalendar masehi ini sebelum cadang solat hajat dan tahlil. Cukuplah bergembira menyambut Tahun baru, tapi jangan pula bawa agama Islam untuk merayakan kalendar "orang lain."

Ketiga, apalah salah untuk rakyat berhibur lihat bunga api dan konsert di malam tahun baru? Apakah kita hendak katakan kita sudah tidak perlukan hiburan? Jangan hipokrit kepada rakyat. Saya tidak berniat untuk "menelanjangkan" sesiapa pun dalam Pemuda UMNO.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger