Home » » Rusuhan Di Sudan; Pegawai PDRM Dan Rakyat Kita Selamat

Rusuhan Di Sudan; Pegawai PDRM Dan Rakyat Kita Selamat

Written By Unknown on 20/12/2013 | 11:20 pm

SEGERA: Rusuhan Di Sudan, Pegawai PDRM Dan Rakyat Kita Selamat
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan pegawainya, Koperal Pritam Singh yang berkhidmat dalam pasukan Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Sudan Selatan kini dalam keadaan selamat.
Memetik kenyataannya dari laman mikro Twitter hari ini, Pritam antara wira-wira Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang ditempatkan di negara bergolak itu terperangkap sejak tiga hari lalu telah diselamatkan oleh pasukan PBB beberapa minit lalu.
“Syukur, Koperal Pritam Singh yang terperangkap dalam sengketa etnik di Bor, Sudan Selatan telah diselamatkan oleh Pasukan bantuan PBB.
“Keadaan di Sudan Selatan amat meruncing ekoran sengketa dan pembunuhan di antara Ethnik Nui dan Dingka. Alhamdulilah wira kita selamat,” katanya.
Semalam, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman juga mengesahkan bahawa kesemua rakyat Malaysia di Juba, bandar raya di Selatan Sudan, berada dalam keadaan selamat.
Beliau berkata 44 daripada 58 rakyat Malaysia di sana adalah kakitangan Petronas dan Wisma Putra menyelaras dengan pejabat Petronas di Juba serta Kedutaan Malaysia di Khartoum, Sudan dan Suruhanjaya Tinggi di Nairobi, Kenya untuk memantau keadaan di negara itu.
Selain itu, BBC melaporkan ratusan orang dipercayai terkorban dalam pertempuran antara puak tentera Selatan Sudan yang bertelagah.
Pertempuran di Selatan Sudan memasuki hari ketiga susulan laporan cubaan rampasan kuasa ke atas Presiden Salva Kiir.

-mynewshub
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger