Home » » Perempuan Jual Perempuan...

Perempuan Jual Perempuan...

Written By Unknown on 12/12/2013 | 3:00 pm



Kuala Lumpur: Pertemuan semula seorang wanita berusia 21 tahun dengan rakan lamanya mengundang padah apabila diadijual kepada sindiket pelacuran dengan harga RM3,000 selain dipukul, dipaksa melacur dan dikurung sebelum berjaya melarikan diri.

Kejadian bermula pada 11 April lalu apabila mangsa mengadakan pertemuan dengan rakan perempuannya di sebuah bangunan rumah kedai di Kepong, di sini, selepas beberapa tahun tidak berjumpa.


Sumber polis berkata, dalam pertemuan itu rakan mangsa hadir bersama teman lelakinya dan ketika berbual, muncul seorang lelaki berusia lewat 30-an yang memperkenalkan diri sebagai pemilik rumah kedai berkenaan.
Menurutnya, tidak lama kemudian, rakan mangsa dan teman lelakinya itu meninggalkan premis berkenaan, namun apabila mangsa ingin beredar, pemilik rumah kedai terbabit menghalangnya.


“Rupa-rupanya lelaki itu bapa ayam dan dia memberitahu mangsa sudah dijual kepadanya oleh rakannya sendiri dengan harga RM3,000. Biarpun mangsa berulang kali merayu dikasihani, permintaannya tidak diendahkan,” katanya.


Menurutnya, mangsa kemudian dikurung dalam bilik di premis berkenaan dan di situ ada 10 wanita dipercayai warga China dan Vietnam yang dipaksa menjadi pelacur.

Sumber itu berkata, keesokan harinya, mangsa dipaksa memakai pakaian seksi dan menyertai kumpulan pelacur itu beratur sebelum diperagakan kepada pelanggan. “Pada mulanya mangsa enggan, namun akhirnya akur selepas dipukul bapa ayamterbabit. Mangsa dipilih seorang pelanggan dan melayan lelaki itu yang memberitahu dia membayar RM1,680 untuk meniduri mangsa,” katanya.


Menurutnya, selepas hampir seminggu dikurung di premis berkenaan, mangsa berjaya meloloskan diri jam 7 pagi, Ahad lalu.
“Ketika itu, tiada siapa di premis berkenaan dan mangsa membuka pintu menggunakan gunting sebelum melarikan diri dan membuat laporan di Balai Polis Kepong dengan bantuan orang awam,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan laporan berhubung kejadian itu dan siasatan dilakukan.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger