TAKRIF yang Wajib di perjelaskan bukan Label yang dengan mudah dipakai...
Ambo tiada niat nak kata kat sapa-sapa..sekodar nak share apa yang ada dalam pemikiran ambo jah..
Antara takrif dan label Pendakwah Bebas..masyarakat Islam wajib tahu..ianya bukan satu perkara yang dengan mudah d guna dan d pergunakan atau mempergunakan..BEBAS dari segi apa? itu yang perlu d takrifkan dahulu..
Bebas dari menyertai parti politik atau bebas dari menyertai UMNO sahaja atau bebas ketuk sana sini hanya untuk kepentingan diri atau memang bebas dan tidak ada satu platform pun yang si bebas ini berdiri?
Paling teruk ambo perhatikan bila ada yang kononnya berlabelkan ustaz, kalau masuk parti Pas maka semua senyum dan paham seolah itu ada tepat pilihannya..seolah Pas adalah platform terbaik untuk perjuangkan Islam..seolah Pas adalah parti Islam..walhal Tok Guru ambo kata mudah je..Pas bukan Islam malah amat jauh nak kata Pas tu Parti Islam..keluar Pas takkan Murtad pun..
Memang ambo akui ahli Pas sebilangnya Islam..tak semua..kenapa ambo kata tak semua..sebab ada d antara mereka tolak apa yang Nabi saw bawa..tunggu d episod lainlah ambo takrifkan hal ini hehe..
UMNO dan Pas sama..ahlinya majoritinya Melayu..tapi insan yang gelarkan diri mereka ni Pendakwah Bebas belum nampak atau sengaja buat tak nampak atau memang Allah hijabkan mereka dari nampak bahawa dalam UMNO ada Melayu yang Islam agamanya..
Yang membezakan antara UMNO dan Pas adalah jumlah ahlinya..UMNO adalah Parti Politik yang mana ahli Islamnya terbesar d dunia..kalau seorang Pendakwah ingin ubah atau berbakti..UMNO lah medan yang terbaik..bukan setakat jumlah ahli jadi ukurannya, namun kesederhanaan dalam Islam hanya ada dalam UMNO..
Bukti amat jelas, ketika Malaysia bebas merdeka dari penjajah..apa yang UMNO buat..Islam adalah Agama Rasmi Persekutuan Malaysia..apakah ini bukan jasa UMNO yang buat supaya Islam kekal d mertabatkan d Malaysia ini..
Kepada Pendakwah yang labelkan sendiri diri mereka BEBAS..anda fikir sendirilah..Parti mana yang lebih terbuka dan tidak gunakan Islam untuk kembongkan poket sendiri dan parti mana yang yang tak pernah tepat mentafsir apa itu Islam..
..bersambung..foto kat atas tu hiasan je..
Post a Comment