Home » » Pemilihan UMNO Kelana Jaya ; Membongkar Individu Hiprokrit, Pembohong & Penipu

Pemilihan UMNO Kelana Jaya ; Membongkar Individu Hiprokrit, Pembohong & Penipu

Written By Unknown on 22/12/2013 | 11:33 am



Oleh IrHj Yusuf Sani;

Pada PRU13 (2013) yang lalu, samada kita sedar atau tidak, hampir semua parti utama dalam komponen BN yang berteraskan satu bangsa di Semenanjung Malaysia seperti UMNO (Melayu), MCA (Cina) dan MIC (India) telah dihukum oleh pengundi di kawasan bandar. 

Sebaliknya parti politik yang membuka ruang kepada pelbagai bangsa telah mendapat tempat. Yang terbaru, rakan seperjuangan dalam BN pun telah berani menyalahkan UMNO di atas kekalahan mereka kerana kononnya terlampau rasis. Mereka menyanyikan lagu yang sama seperti parti pembangkang untuk menuntut kesamarataan dan keadilan sebagai rakyat negara ini dan lantang bersuara supaya semua keistimewaan orang Melayu samada yang termaktub dalam Perlembagaan Negara, polisi atau dasar kerajaan dipinda. 

Iklim politik di kawasan bandar telah menunjukkan perubahan polar yang amat drastik sekali untuk menolak perjuangan berteraskan satu-satu bangsa atau kumpulan khasnya orang Melayu. Maknanya, semua bentuk perjuangan yang bertunjangkan Melayu atau pun yang seakan dengannya akan ditolak sekeras-kerasnya oleh pengundi bukan Melayu, khususnya di kawasan bandar. Gelombang penolakan ini telah bermula selepas PRU11 (2004) dan menunjukkan kesan yang menakutkan pada PRU12 (2008) dan semakin memuncak pada PRU13 (2013).

Fenomena ini perlu dan amat kritikal untuk diambil perhatian, diteliliti dan dikupas demi kelestarian UMNO amnya dan khususnya N32 yang berada di kawasan bandar. Dalam satu wawancara TV, Ketua Panglima Tentera Amerika Syarikat, General Raymond T. Odierno telah mengatakan bahawa pengalaman yang paling berharga kepada beliau semasa bertugas di Iraq dan Afghanistan ialah “when something happens, you should ask why it happened and use the right tools to solve it”. 

Memang benar pemerhatian beliau itu kerana kita sedia maklum apabila sesuatu perkara berlaku, punca atau the root cause(s) perlu dikenalpasti supaya penyelesaiannya mudah diperolehi. Dalam perkara yang melibatkan orang mati sekali pun punca atau sebab-sebab kematian perlu diketahui dan disahkan oleh pakar pathologi kerana selagi ianya tidak diketahui selama itu sesuatu perkara tidak boleh ditutup atau put to rest. Keadaan menjadi serius lagi sekiranya kematian itu disebabkan penyakit yang boleh menjangkit (contagion).

Oleh itu, amatlah penting kita mengambil iktibar daripada pengalaman General Odierno. Dalam hal ini, pendekatan The Red Ocean Strategy sudah tidak relevan lagi, sebaliknya The Blue Ocean Strategy atau Strategi Lautan Biru perlu dikenalpasti untuk menyusun gerakan bagi mengembalikan keyakinan rakyat kepada BN khususnya pengundi di N32. Menggunakan Strategi Lautan Merah samalah seperti mencurah garam ke dalam lautan ataupun lebih tepat lagi seperti mengundang luka berdarah kembali.

Pada Pemilihan UMNO Kelana Jaya tempoh hari, satu kumpulan baru yang dinamakan ‘Aktivis Melayu Bandar’ telah diwujudkan dan pemain-pemain utamanya juga dipaparkan. Adakah kumpulan ini diwujudkan hanya untuk pemilihan UMNO sebagai satu ilusi atau fatamorgana untuk mengelirukan orang awam khususnya orang Melayu dan ahli UMNO atau apakah tujuan sebenar penampilan kumpulan ini yang wujud secara tiba-tiba? 

Berdasarkan sentimen pengundi semasa, adakah ‘Aktivis Melayu Bandar’ ini relevan atau akan memberi padah yang berganda kepada BN di N32?. 

Harus diingat, kita berpolitik bukan hanya untuk mendapat sokongan dari bangsa sendiri tetapi yang penting sokongan orang sebangsa di luar UMNO dan dari bangsa yang lain juga. Jika Perhimpunan Agung UMNO atau PAU diikuti oleh seluruh rakyat Malaysia dengan teliti maka perkembangan pemilihan UMNO Kelana Jaya juga diperhatikan oleh musuh dalam Bahagian. Oleh itu, pewujudan ‘Aktivis Melayu Bandar’ dirasai akan membawa banyak padah dari kebaikan kepada BN di N32.

Keputusan pemilihan UMNO di peringkat pusat (Malaysia) yang lalu menggambarkan satu kematangan ahli UMNO memilih barisan kepimpinan yang matang, berwibawa dan berkebolehan kerana perwakilan diberikan kebebasan untuk membuat pilihan secara terbuka. 

Komposisinya pun cantik dengan adunan orang baru dan lama yang saling lengkap-melengkapi. Malangnya, di peringkat Bahagian lain yang berlaku, pemikiran mereka telah dipengaruhi telunjuk “Cai Contoh” yang mengakibatkan proses demokrasi lebur dan kelestarian UMNO menjadi goyah. Keputusannya ibarat ayam menang kampong tergadai, dan kepimpinannya menepati ciri jaguh kampong.

Dalam berdepan dengan situasi politik yang mencabar pada masa ini khususnya di kawasan bandar, UMNO Kelana Jaya memerlukan satu barisan pengembelingan kepimpinan baru dan lama yang dinamika, versatile dan berpengalaman tanpa batasan umur, yang boleh duduk sama rendah tetapi berdiri lebih tinggi dari bangsa lain. 

Inilah yang sepatutnya menjadi intisari “Cai Contoh” untuk rujukan para perwakilan semasa pemilihan tempoh hari bukan yang secara terbuka dibekalkan dalam beg-beg para perwakilan. Perbuatan ini tidak adil kepada pihak lawan kerana si pelaku telah menyalahgunakan kedudukan. 

Malangnya, sebahagian besar para perwakilan telah terpukau dan berlakulah peristiwa hitam dan suram (Black and Bleak October) dalam sejarah UMNO Kelana Jaya yang akan dipikul BN di N32. Keadaan ini boleh dijadikan sebagai satu contoh terbaik di mana satu prinsip ilmu ekonomi yang terkenal, Parato’s 80-20 Rules berkemungkinan besar berlaku di mana kesilapan sebahagian kecil ahli UMNO Kelana Jaya telah menyebabkan kesannya akan dirasai oleh seluruh rakyat di N32 kerana kesilapan mereka yang memilih kaca dianggap permata maka terjadilah seperti kera mendapat bunga. Tetapi tidak mengapa, kita tunggu dan pinjam kata-kata Tan Sri Khalid Ibrahim setelah PKR mula memerintah Selangor pada 2008 dulu, “saksikanlah perubahan yang akan kami lakukan selepas 100 hari pentadbiran kami”.

Hari demi hari dinanti dan banjir yang melanda Kemamang, Pekan, Rompin, dll tempat telah pun surut dan keadaan kembali pulih tetapi kesannya kerugian harta benda berjuta ringgit. Celek-celek mata, kita sudah hampir masuk ke tahun 2014 dan ramai juga kawan-kawan di kebelakangan ini merungut kerana merasakan masa berlalu agak pantas sekali sehingga terkeluar sesekali perkataan humor seperti, “tak terkejar, Yeop”. Sebagai orang bawah, kita menanti dengan penuh harapan dan debaran.

Orang di bandar jika lemah mengira secara mental atau mental arithmetic akan mudah ditipu bukan saja peniaga Cina bahkan orang Indon dan Bangla. Dalam dunia teknologi hari ini, bagi mengatasi kesilapan dalam pengiraan, jika menggunakan komputer, lebih terjamin menggunakan applikasi Excel atau pun kalkulator. Yang penting adalah berlaku jujur pada diri sendiri. Yang sudah bergelar Datuk ataupun Pak Haji sekali pun sekiranya melakukan kesilapan adalah bermaruah jika kita mengaku akan kesilapan itu. 

Jangan ikut perangai Lim Guang Eng dalam pemilihan CEC DAP. Sebaliknya, jika kita berdiam diri dan kesilapan itu diketahui dan dapat dibuktikan oleh pihak ketiga, maka kesalahan itu sudah berubah menjadi perbuatan pembohongan dan penipuan – berat tu!! Dalam Islam, hukumnya berdosa dan jika ianya tidak dimaafkan maka berat juga untuk di bawa bersama ke akhirat nanti. Di dunia timbangtaranya boleh guna kabel tetapi hakim di akhirat adalah Yang Maha Adil dan Yang Maha Mengetahui. Jangan ikut perangai Lim Guan Eng yang kelabukan hati rakyat Pulau Pinang yang samakan cara pemerintahannya seperti Khalifah Omar Abd. Aziz.

Sifat penipu dan pembohong membawa persamaan seorang hipokrit dalam Bahasa Inggeris atau munafiq dalam Bahasa Arab. Kebiasaannya di dunia ini, manusia akan mencari kawan yang mereka selesa bergaul atas sifat-sifat yang ada persamaan. 

Sebuah peribahasa Inggeris mengatakan, “birds of a feather will flock together”. Sebagai contoh, pelajar yang cemerlang akan bercampur dengan pelajar yang setaraf dengannya, begitu juga seorang mat rempit akan mencari kumpulan mat rempit juga, dan seterusnya. 

Sebab itu wujudnya polar dalam kehidupan di mana orang yang bersifat positif tidak selesa bercampur dengan mereka yang mempunyai sifat-sifat negatif. Jika orang yang bersifat negatif masuk ke rumah yang penuh dengan penghuni yang bersifat positif, lama kelamaan sikap negatifnya akan bertukar menjadi positif dan sebaliknya juga adalah benar. 

Konsep ini telah dipraktikkan dalam penempatan pelajar di sekolah berasrama yang mengumpulkan pelajar-pelajar cemerlang untuk diasah potensi mereka untuk menjadi lebih cemerlang. Dalam hal ini, tidak sempurna jika tidak diambil iktibar dari sebuah hadis Nabi SAW riwayat Bukhari yang menyatakan, seorang pengemis yang kotor dan busuk, jika setiap hari berdampingan dengan orang yang menjual minyak wangi, walaupun dia tidak menjualnya, lama kelamaan, dia akan mendapat bau wanginya. 

Apabila berkawan dengan orang baik, kita juga akan menjadi baik, tetapi jika berkawan dengan yang jahat, kita mungkin lambat laun serupa saja. Tapi jangan jadi seperti Ahli Parlimen Pandan pula, walaupun mengaku bersalah dalam kes tuduhan terhadap Menteri Dalam Negeri dengan selamba mengaku bersalah tanpa rasa bersalah – apa jenis manusia ni, memang lidah biawak!!

Mengambil iktibar dari beberapa komentari di atas, apakah perubahan yang mungkin boleh berlaku pada diri kita di bawah bimbingan barisan kepimpinan kumpulan seperti di atas?. Soalan ini sudah terjawab dan jawapan tambahan boleh kita saksikan seperti perubahan yang berlaku di Selangor. 

Kita tidak mendoakan sedemikian tetapi sebagai peringatan kepada barisan baru. Maaf juga dipohon kerana bukan niat untuk mengkritik yang hidup atau yang dah mati tetapi setakat melontarkan pandangan yang membina (constructive) hasil dari pemerhatian dan kajian ke atas peribahasa Melayu dan Inggeris lama untuk mencari kebenaran dan punca kelahirannya. Sesiapa saja boleh melakukan perkara yang serupa secara ilmiah dan berfakta tetapi jangan sembunyikan identiti. Jangan ikut peribahasa baling batu sembunyikan tangan sebaliknya jadilah anak jantan.


Kesimpulannya, orang dahulu memang teliti dan bijak, mereka mengkaji dan menggariskan kata-kata hikmat sebagai peringatan dan panduan untuk bekalan hidup generasi selepas mereka. Mereka mengambil iktibar dan pengajaran daripada nasihat dan peristiwa sejarah seperti punca kehancuran suatu tamadun untuk tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan generasi sebelum mereka. 

Peristiwa Black and Bleak October pemilihan UMNO Kelana Jaya yang baru lalu sebenarnya ingin menyedarkan kita akan satu perkara pokok untuk difikirkan semua yang sayangkan perjuangan suci demi agama, bangsa dan tanahair. Perjuangan yang suci ini datangnya dari hati yang bersih yang disertai dengan tindak tanduk yang tidak bercampur aduk dengan yang mungkar dan batil. 

Tetapi Allah Maha Besar (Allahuakbar), perancangan Allah mengatasi segala perancangan manusia (Surah Ali Imran, ayat 54) dengan menengahkan pemimpin HIPOKRIT, PEMBOHONG DAN PENIPU untuk berkhidmat bukan hanya bercakap. Dalam hal ini, teringat pula subjek English Literature buku William Shakespeare bertajuk As You Like It, spoken by the melancholy Jaques in Act II Scene VII. The speech compares the world to a stage and life to a play.



Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger