Selepas merasmikan Perhimpunan Agung Umno 2013, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bergegas ke Pahang bagi meninjau keadaan banjir di sana.
“Saya akan bertolak ke Pahang untuk menjenguk keadaan banjir di Kuantan, Rompin dan Pekan sebentar lagi. Doakan semuanya selamat,” katanya yang dipetik dari laman mikro Twitternya, sebentar tadi.
Pahang antara negeri yang terjejas teruk akibat banjir yang melanda sejak awal minggu ini.
Sehingga semalam, banjir di negeri itu telah meragut satu nyawa, Mohamed Alif Khalid, 21, yang dijumpai lemas di Sungai Kampung Sepial, Kuala Tembeling, Jerantut.
Sementara itu, dua beranak, Jamal Ali, 40-an, Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Pekan dan anak lelakinya yang dikenali sebagai Megat, berusia belasan tahun, hilang apabila terjatuh ke dalam air semasa memindahkan barang di Perkampungan Sungai Isap kira-kira jam 8.30 malam tadi. – Sinar Harian Online
Post a Comment