Home » » OH China; Foto Penarik Beca Mati Bakar Diri Protes Saman

OH China; Foto Penarik Beca Mati Bakar Diri Protes Saman

Written By Unknown on 29/12/2013 | 1:00 pm

bakar

CHINA – Hanya kerana sekeping saman, seorang penunggang beca sanggup membakar diri sendiri. Insiden berkenaan nyata mengejutkan penduduk di wilayah Hebai.
Kejadian bermula apabila penunggang beca itu, Guo Huang, 43, menurunkan penumpang di satu kawasan.
Dia kemudiannya melihat seorang anggota polis trafik, Hsin Ch’in sedang menulis buku saman kerana Huang meletakkan becanya di zon larangan letak kereta.
Huang yang marah itu, telah bertekak dengan Ch’in dan memintanya membatalkan saman berkenaan.
Ch’in bagaimanapun enggan berbuat demikian menyebabkan Huang mengambil minyak tanah dari dalam becanya lalu mencurah ke badannya dan mengugut akan membakar dirinya sendiri.
Apabila Ch’in membantah perbuatan Huang, lelaki itu kemudiannya menyalakan api dan turut menarik pegawai polis berkenaan menyebabkan kedua-duanya terbakar.
Ch’in berjaya membebaskan dirinya daripada Huang dan melarikan diri.
“Ia amat menakutkan. Dia cuba mendapatkan saya semula selepas saya berjaya membebaskan diri daripadanya. Namun dia tidak dapat melihat saya kerana mukanya sudah terbakar.
“Saya tidak menoleh lagi ke belakang dan terus melarikan diri,’’ kata Ch’in yang mengalami kecederaan ringan.
Mayat Huang yang rentung itu diletakkan di tepi jalan, sekali gus menakutkan orang ramai.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger