Ketua Dewan Muslimat Pas, Siti Zailah Mohd Yusoff menyatakan keraguan dengan pelawaan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk memulakan muzakarah dengan sesi minum teh bersama.
Siti Zailah berkata, walaupun Muslimat terbuka dengan ajakan tersebut namun niat sebenar Shahrizat masih diragui.
"Kita tak mahu hanya gimik sahaja, mungkin juga gimik sahaja.
"Hanya nak ambil gambar yang dimasukkan dalam akhbar atau dilaporkan media kita duduk bersama minum teh, tetapi tak ada sebarang perbincangan atau penyelesaian.
"Lagipun saya 'kenal' benar dengan Shahrizat, sudah lama kenal, saya selalu bertembung dengan dia di Parlimen," katanya
Puteri Avon
Post a Comment