Perhimpunan Agung MCA yang berlangsung semalam memperlihatkan
desakan untuk mencabar perlembagaan dengan mempertikai dasar kerajaan mengenai
hak bumiputera. Tanpa
mengambil kira bahawa dasar itulah yang menjamin keharmonian negara selama ini,
MCA menuduh UMNO sebagai bersikap rasis kerana terus mempertahankannya.
MCA juga di masa yang sama meluahkan rasa tidak senang dengan
ucapan-ucapan pemimpin UMNO yang lantang memperjuangkan Melayu. Seolah-olah mengugut, MCA mengingatkan
UMNO agar tidak membuat ucapan yang dikatakan berbaur rasis.
Mungkin sudah tiba masanya perkataan ‘rasis’ diberi definisi yang
lebih mendalam. Apakah
rasis sekiranya kita mempertahankan bangsa sendiri?
Sekiranya ucapan yang berbunyi ‘kita akan terus mempertahankan
hak Melayu’ adalah rasis, apakah pendirian Dong Zong untuk ‘terus
mempertahankan pendidikan dan bahasa Cina’ tidak rasis? Kenapa MCA tidak pernah mengecam
Dong Zong?
Sekiranya ungkapan ‘pendatang’ terhadap Cina adalah rasis,
apakah seruan ‘Melayu bodoh, malas, bukan penduduk asal, pergi masuk hutan,
pergi mati’ tidak rasis?
Sekiranya hak bumiputera adalah rasis, apakah pra-syarat bekerja
di syarikat swasta yang mewajibkan bahasa Mandarin tidak rasis?
Sekiranya sektor awam didoniminasi bumiputera adalah rasis, apakah
sektor swasta didominasi Cina tidak rasis?
Justeru, di mana letaknya sempadan atau garis tepat perkataan
‘rasis’ ini?
Jika kita tidak mengikuti perkembangan politik dan mendengar
ucapan-ucapan pemimpin MCA di dalam perhimpunan tersebut, maka kita tentu akan
menyangka yang ianya adalah perhimpunan DAP. Telah terbukti kini bahawa perjuangan
MCA dan DAP sama sahaja, kedua-duanya hanya inginkan satu perkara iaitu agar
Melayu tunduk kepada Cina.
Tidak perlu berlindung di sebalik seruan kesamarataan atau
keadilan kerana kita tahu bahawa kaum Cina tidak akan bersaing secara adil
dalam apa jua keadaan. Sudah
sekian lama negara ini menyaksikan bagaimana kaum Cina menutup peluang kaum lain
dalam perniagaan. Untuk
mengatasinya, kerajaan cuba meningkatkan daya saing orang Melayu melalui
dasar-dasar yang mempertahankan hak-hak bumiputera.
Namun ternyata sikap kaum Cina yang enggan memberi peluang kepada
bangsa lain membuatkan cita-cita kerajaan untuk melihat persaingan yang sihat
antara kaum masih belum dapat direalisasikan.
Ditambah pula dengan sikap orang Melayu sendiri yang gagal berubah
menjadi lebih pro-aktif dan agresif, menggandakan kesukaran untuk mencapai
cita-cita murni ini.
Bagaimanapun, di pihak UMNO, kita tidak ada masalah untuk mengakui
salah silap bangsa sendiri dan terus berusaha untuk memperbaikinya.
Apa yang dikesalkan ialah di pihak MCA yang enggan mengaku
keburukan sikap bangsa Cina yang tamak dan gemar menipu atau mengsabotaj bangsa
lain sebagai antara faktor
utama kegagalan mencapai cita-cita itu.
Kaum Cina sama ada dari MCA atau DAP sama-sama enggan memikul
apa-apa tanggungjawab langsung atas apa-apa jua yang berlaku. Sehinggakan prestasi BN yang teruk dalam
PRU lalu juga diletakkan sepenuhnya oleh MCA di atas kepala UMNO.
Secara dasarnya, MCA seolah-olah berkata “sekiranya hak
bumiputera dihapuskan dan UMNO berhenti dari membela Melayu serta membiarkan
kaum Cina mendominasi semua sektor di Malaysia, maka barulah kaum Cina akan menyokong
BN”.
Bukankah ini tidak adil? Apakah
dengan menurut kemahuan satu kaum sahaja merupakan satu langkah yang baik untuk
negara? Apakah MCA buta
atau sememangnya hipokrit yang paling hina?
Umum tahu bahawa prestasi BN teruk pada PRU yang lalu adalah
kerana MCA tidak buat kerja. Semuanya
kernaa MCA tidak lagi mendokong aspirasi BN mahupun kerajaan Malaysia. MCA mengimpikan Malaysian Malaysia
DAP. Di masa yang sama MCA
juga tamak dan licik kerana enggan keluar dari BN demi kuasa untuk menekan
kerajaan dari dalam.
MCA terlalu angkuh merasakan yang UMNO perlu tunduk kepada Cina
kerana Cina menguasai ekonomi negara. MCA
tidak sedar bahawa penguasaan ekonomi oleh kaum Cina itulah bukti bahawa UMNO
itu adil dan tidak rasis serta tidak pernah menindas sesiapa.
Selama ini, UMNO tidak pernah menyeru orang Melayu agar memboikot
barangan Cina. UMNO tidak
pernah berdendam walaupun sedar yang Cina mendiskriminasi peniaga dan pekerja
Melayu dalam sektor swasta.
Malah, UMNO berusaha mengatasinya dengan cara menegur dan membantu Melayu,
bukannya dengan ‘memerangi’ Cina. Namun, sikap chauvinis kaum Cina telah
menidakkan semua ini. MCA
mahupun DAP terus dibutakan oleh keangkuhan yang keterlaluan.
Sudah sampai masa untuk UMNO sedar bahawa sikap chauvinis dalam
diri kaum Cina adalah semulajadi. Ia
tidak boleh diubah sama sekali. Rasionalisasi
moral dan fakta tidak akan mampu untuk membuat bangsa itu mengakui kesalahan
sendiri.
Dengan itu, kita harap tidak ada pemimpin UMNO yang kecut perut
dengan ‘ugutan’ MCA ini. Telah
terbukti yang UMNO adalah cukup kuat walaupun sekadar berdiri atas kaki
sendiri.
Sedarlah bahawa UMNO sedang diuji, dicabar dan diugut agar melonggarkan barisan. Satu-satunya cara untuk menghadapi
ancaman sebegini ialah dengan memperkukuhkan barisan itu, yakni memperkasakan
sokongan Melayu secara jitu.
Pilihan bukan di tangan UMNO, tetapi di tangan MCA untuk terus
berpegang kepada kontrak sosial dan semangat setiakawan BN, atau mengambil pendekatan
‘ubah’ seperti DAP.
Ingatlah, maruah UMNO terletak pada prinsipnya. Jika UMNO sudah tidak mampu lagi
mempertahankan prinsip itu, maka tiada sebab lagi bagi orang-orang Melayu untuk
terus menyokong UMNO.
Post a Comment