Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ke-60 yang berakhir semalam
meluluskan tujuh resolusi merangkumi 13 perkara di bawah usul hal ehwal parti,
politik, ekonomi, pendidikan, perlembagaan persekutuan, tadbir urus kerajaan,
serta masyarakat dan kualiti hidup.
Walaupun MCA telah menikam belakang UMNO dalam PRU yang lalu,
namun orang-orang Melayu yang terkenal sebagai pemaaf, tetap membuka ruang
untuk memperbaiki hubungan dengan parti tersebut.
Antara yang meyakinkan kita bahawa MCA bukan golongan harbi
sepertimana DAP ialah ikrar MCA untuk mempertahankan perlembagaan yang
menyatakan bahawa Islam adalah agama persekutuan, berbanding DAP yang licik
ingin menghapuskan klausa tersebut.
Bagaimanapun, kita masih wajar berhati-hati dengan MCA.
Tikaman di belakang sesungguhnya masih terasa dan kalau tidak silap, pisaunya
juga masih belum dicabut lagi. Lenggok tulisan akhbar milik MCA iaitu The
Star yang kadangkala senada dengan Roketkini perlu dijadikan peringatan tentang
perlunya untuk berwasangka dengan MCA.
Apatah lagi apabila MCA langsung tidak merasa bersalah kerana
menikam UMNO di belakang tetapi menyalahkan UMNO pula kerana enggan menurut
segala tuntutan mereka, yakni keinginan kaum Cina.
Lebih-lebih lagi apabila tuntutan ini diulangi lagi dalam Himpunan
MCA semalam dan ‘dipaterikan’ sebagai antara tujuh resolusi tadi.
Antaranya ialah mendesak kerajaan agar mengiktiraf Sijil Peperiksaan
Bersepadu (UEC) agar lulusan sekolah persendirian Cina tidak perlu menduduki
SPM.
Dalam kata lain, MCA ingin agar kaum Cina dibenarkan untuk
memisahkan terus anak-anak mereka dari sistem pendidikan nasional.
Melalui UEC, anak-anak Cina yang telah sedia memperlekehkan bahasa Melayu,
tidak perlu lagi untuk fasih berbahasa kebangsaan yang menjadi intipati
penting dalam pembentukan jatidiri sebagai warganegara Malaysia.
Dalam pada itu, MCA juga mendesak kerajaan agar ‘telus’ dalam
kemasukan ke universiti tempatan. Dalam kata lain, menuduh kerajaan
sebagai tidak telus serta mendesak agar kuota bumiputera dihapuskan.
Bukan MCA tidak tahu bahawa sistem kemasukan ke Universiti di
Malaysia meletakkan keadilan kepada golongan kurang berkemampuan untuk
sama-sama berpeluang ke menara gading. Secara amnya, golongan kurang
berkemampuan diwakili oleh kaum bumiputera. Walaubagaimanapun, kaum
lain juga tidak pernah dipinggirkan dan latarbelakang serta kemampuan mereka
turut diambilkira serta kemasukan mereka dipertimbangkan sebaiknya mengikut
peratusan.
Namun, kita sedia maklum bahawa anak-anak Cina yang kebanyakannya
berkemampuan lebih berminat dengan universiti swasta kerana enggan bercampur
gaul dengan kaum lain terutama bumiputera.
Sekiranya sistem merit sepenuhnya dilaksanakan, maka ia bakal
merencatkan peluang golongan kurang berkemampuan untuk bersaing sekali gus
mencipta jurang ekonomi yang lebih besar antara kaum. Keadaan menjadi
lebih buruk kerana kaum Cina telah sedia menguasai ekonomi negara ini dan
terkenal dengan sikap menindas serta enggan memberi peluang kepada kaum
lain.
Dari situ kita boleh lihat bagaimana licik dan hipokritnya MCA
dalam berbicara. MCA telah menempelak UMNO kerana sering menyebut ‘kaum’
kerana kononnya, MCA menentang sifat perkauman dan inginkan kesamarataan.
MCA mungkin boleh memperdaya sebahagian dari orang-orang Melayu termasuk
pemimpin UMNO sendiri dengan kata-kata ini. Namun, sebahagian besar lagi
dari orang-orang Melayu dapat melihat dengan jelas bahawa apa yang MCA
perjuangkan hanyalah untuk melebarkan lagi jurang perkauman melalui pendidikan
dan seterusnya pekerjaan / ekonomi.
Justeru itu, MCA tidak membantah GST atau pengurangan subsidi
bukan sangat kerana ia satu pendekatan yang baik untuk negara tetapi
lebih-lebih lagi kerana mereka tahu yang akan untung adalah tauke-tauke kaum
Cina juga. Sekiranya yang untung nanti adalah kaum lain, belum tentu MCA
akan menyokongnya malah mungkin akan menentangnya walaupun ia baik untuk
negara.
Buktinya, jika benar MCA menentang perkauman, maka perkara pertama
yang parti itu wajib perjuangkan ialah sistem ‘Satu Sekolah Untuk Semua’ bukannya
UEC. Sedangkan sistem satu sekolah untuk semua jelas sebagai satu sistem
yang baik untuk negara.
Maka, apakah salah jika kita bersangka buruk terhadap MCA?
Kita ingin bertanya MCA, andainya UMNO tidak tunduk dalam isu UEC dan
juga sistem merit sepenuhnya untuk kemasukan di universiti, apakah MCA akan
menikam UMNO sekali lagi dalam PRU nanti?
Kepada MCA dan juga UMNO, kita ingin mengingatkan bahawa segala
hak bumiputera adalah bertitik tolak dari pemberian warganegara kepada kaum
pendatang. Sekiranya hak ini dihapuskan, maka ia harus dengan sendirinya
membatalkan juga hak warganegara kaum pendatang.
foto hiasan
Post a Comment