Home » » Mati Pucuk ; Senator Malaysia Minta Hukuman Sebat Di Kaji

Mati Pucuk ; Senator Malaysia Minta Hukuman Sebat Di Kaji

Written By Unknown on 19/12/2013 | 8:00 am


Seorang anggota Dewan Negara hari ini mencadangkan supaya kajian dibuat untuk mempastikan sama ada hukuman sebat ke atas pesalah lelaki boleh menyebabkan pesalah berkenaan hilang ‘kelelakian’.

Senator Datuk Johari Ibrahim berkata beliau mendengar banyak aduan dan
pengakuan, termasuk daripada mereka yang pernah menjalani hukuman itu berhubungperkara berkenaan.

“Kalau (dakwaan itu) betul, ini merupakan satu penganiayaan kepada pesalah
berkenaan dan juga isteri jika bekas pesalah telah berkahwin dan mengharapkan zuriat.

“Jadi kita kena lihat cara sebatan itu kerana bagi saya hukuman sebat
bertujuan untuk mengajar dan bukan untuk menyeksa,” katanya semasa membahaskan Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013 di Dewan Negara, di sini.

Dalam isu lain, Senator Datuk Muhammad Olian Abdullah mencadangkan supaya mana-mana pihak yang mencemar kedaulatan bendera Malaysia dilucutkan kewarganegaraan dan dikenakan hukuman yang lebih berat sebagai pengajaran.

Beliau yang membahaskan rang undang-undang sama berkata pada masa ini
hukuman yang dikenakan belum cukup tegas untuk mendidik pesalah berkenaan.

Cadangan itu dipersetujui Senator Datuk Noriah Mahad yang juga mahu
Kementerian Dalam Negeri turut mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang tidak menghormati nyanyian Negaraku, institusi raja-raja dan sebarang simbol kebangsaan.

“Contohnya mengubah corak, terbalikkan lambang, bakar, sehingga ada yang
mengibarkan Sang Saka Malaya ketika 31 Ogos lalu,” katanya yang turut menolak pandangan Senator Saiful Izham Ramli bahawa perbuatan itu bertujuan mengingatkan rakyat mengenai sejarah hitam negara.

Menegaskan bahawa rakyat tidak perlu mengenang sejarah hitam negara, Noriah berkata Jalur Gemilang sudah diiktiraf, dihormati dan dikenali masyarakat dunia sebagai bendera rasmi Malaysia dan ia tidak seharusnya diganti dengan bendera lain hanya kerana kepentingan politik murahan pihak tertentu.

Kontroversi itu timbul selepas sekumpulan individu didapati mengibarkan
bendera alternatif itu pada malam sambutan Hari Kemerdekaan ke-56, di Dataran Merdeka.

– BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger