Home » » Kes Anwar Liwat I ; Karpal Peguam Tidak Bela Anwar?

Kes Anwar Liwat I ; Karpal Peguam Tidak Bela Anwar?

Written By Unknown on 14/12/2013 | 2:00 pm



“Karpal Singh tak pernah jadi lawyer Anwar..jangan silap faham..semasa dulu pun..tahun 1998.. Karpal jadi lawyer Sukma.

“Sedangkan kita kata Karpal Singh inilah pada 22 Oktober 1997, dialah orangnya yang mula-mula sekali dedahkan perilaku homoseks dan liwat Anwar

Karpal Singh ni yang memecahkan tembelang kata Anwar)ni kaki liwat dalam Parlimen 22 Oktober 1997. Karpal tak boleh lari sebab (ucapan) itu dalam hansard parlimen.

“Kemudian dia (Karpal) buat ucapan di Federal Hotel tahun yang sama..bawa dokumen ..kata saya (Karpal) ada dokumen.. masa itu dia lawyer kepada Azizan dan Ummi Hafilda.

“Lepas tu dia (Karpal) jumpa kepimpinan PAS. Dia yang bagitahu kepimpinan PAS, Anwar ni gini-gini orangnya. Disebabkan itulah..kalau saudara-saudari masih ingat masa itu, kepimpinan PAS, Mat Sabu yang melabel Anwar sebagai ‘Anwar Al Juburi’

Pada 14 April 1999, Hakim Datuk S. Augustine Paul menjatuhi hukuman penjara enam tahun ke atas Anwar setelah didapati bersalah atas empat tuduhan pindaan rasuah kerana menyalah guna kuasa di bawah Seksyen 2(1) Ordinan 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970. Antara lain, Anwar telah menyalahgunakan kuasanya sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk mengarahkan pihak polis menangkap dan menukar pengakuan bersumpah Ummi Hafilda Ali dan Azizan Abu Bakar tanpa kerelaan mereka.

Begitu juga dalam kes homoseksual, ketika bermula sebutan kes pada 27 April 1999, perbicaraan yang mengambil masa selama satu tahun empat bulan akhirnya Anwar dihukum bersalah atas tuduhan meliwat Azizan Abu Bakar, bekas pemandu isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Anwar dibicarakan bersama-sama dengan adik angkatnya, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, yang dituduh bersubahat dengannya melakukan persetubuhan di luar tabii ke atas Azizan Abu Bakar di unit No. 10-7-2, di Tivoli Villa, Jalan Medang Tanduk, Bangsar, Kuala Lumpur pada satu malam, pukul 7.45, antara Januari hingga Mac 1993.

Pada 8 Ogos 2000, Hakim Datuk Ariffin Jaka, hakim dari Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, telah menjatuhi hukuman bersalah ke atas Anwar dan Sukma. Anwar dihukum penjara sembilan tahun manakala Sukma pula penjara enam tahun dan empat kali sebatan

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger