Perhimpunan Agong UMNO kali ini menyaksikan kehadiran kedua-dua
wakil Hamas dan Fatah sebagai pemerhati. Khalid Meshaal, pemimpin
Hamas secara terbuka meminta UMNO menjadi perantara dalam rundingan damai antara
Hamas dan Fatah di Palestine.
Selain usaha perdamaian, Malaysia juga akan membantu dari segi
pembangunan di Gaza dan Rafah selain menawarkan biasiswa kepada pelajar
Palestine menyambung pelajaran di sini.
Malaysia terkenal dengan misi-misi keamanan dan telah beberapa
kali menjadi orang tengah bagi rundingan damai pihak-pihak yang
bertelagah. Justeru, permintaan Hamas bukanlah sesuatu yang
mengejutkan.
Bagaimanapun, hakikat bahawa kedua-dua pihak Hamas dan Fatah turut
mengiktiraf dan mempercayai UMNO untuk membantu Palestine, meletakkan UMNO di
kelasnya tersendiri dalam parti-parti politik di seluruh negara
Islam.
Sebelum ini, Dato’ Seri Najib telah dijemput ke Palestine untuk
membantu usaha damai di sana dan kunjungan Perdana Menteri ke negara yang
sedang bergolak itu telah dipandang sinis oleh pembangkang. Namun,
dengan kehadiran wakil Hamas dan Fatah ke Perhimpunan Agong UMNO telah membuat
pembangkang terkancing gigi.
Selama ini, pihak pembangkang cuba menggambarkan bahawa pemimpin mereka
lebih diterima di negara Islam. Justeru, mereka pernah mengubahsuai
gambar senarai Ulama yang berpengaruh di dunia dengan menempelkan gambar Hadi
Awang sebagai salah seorang darinya. Pembangkang juga berbangga
apabila Anwar diiktiraf oleh barat sebagai pemimpin Islam yang berpengaruh,
berpandangan jauh dan terbuka.
Malang bagi pembangkang kerana terpaksa berbangga dengan penipuan
sendiri dan juga pengiktirafan oleh musuh Islam.
Jika benar Anwar merupakan pemimpin Islam tersohor, maka kenapakah
bukan beliau yang menjadi rujukan Hamas dan Fatah iaitu masalah ‘azali’ umat
Islam? Kenapakah UMNO dan Dato’ Seri Najib yang menjadi rujukan
mereka untuk menyelesaikan konflik di sana?
Walaupun sudah beberapa kali UMNO bertukar Presiden, namun kedudukan
UMNO di mata negara-negara Islam kekal tinggi dan dihormati. Biarpun
Tun Mahathir di kecam sebagai Firaun dan biarpun Dato’ Seri Najib dikutuk
sebagai sekular, namun kedua mereka merupakan antara personaliti yang membawa
harapan kepada umat Islam.
Pengiktirafan terhadap UMNO sekali gus bermakna bahawa Anwar
Ibrahim, mahupun PAS tidak lagi mampu memperdaya sesiapa.
Seluruh dunia Islam tahu bahawa Anwar adalah alat zionis manakala
PAS pula adalah alat kepada Anwar semata-mata. Tugas Anwar di
rantau ini ialah untuk menyatukan kita di bawah payung zionis.
Tugas Dato’ Seri Najib adalah untuk menghalang Anwar dan membantu
menangani orang-orang seperti beliau yang pastinya turut wujud di
Palestine.
Post a Comment