Home » » Kelantan Hancur ; Siapa Curi Baja Padi ?

Kelantan Hancur ; Siapa Curi Baja Padi ?

Written By Unknown on 22/12/2013 | 4:00 pm




Ahli Pas BUKAN MAKSUM !!
Masuk Pas bukan hilang DOSA !!
KELUAR Pas TIDAK MURTAD !!



PASIR PUTEH - Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) Pasir Puteh meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneruskan siasatan mengenai penyelewengan baja padi kerajaan negeri yang dikatakan dilakukan individu tertentu di daerah ini.

Pengerusinya, Zawawi Othman berkata, langkah itu perlu bagi memastikan peruntukan subsidi daripada kerajaan pusat kepada kerajaan negeri dimanfaatkan sepenuhnya oleh petani.

Katanya, perkara itu masih dalam siasatan dan beliau berasa amat kecewa sekiranya penyelewengan itu benar-benar berlaku.

“Kerajaan pusat memperuntukkan RM4 juta setiap tahun kepada kerajaan negeri untuk membekalkan baja kepada petani. Agak malang jika baja itu dijual oleh individu yang mahu mencari keuntungan mudah.

“Pihak kami menerima laporan, terdapat pihak tertentu menjual baja subsidi kepada pihak lain sehingga bekalan baja yang disediakan kerajaan negeri dikatakan tidak sampai kepada kumpulan sasaran,’ katanya.

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh berkata, MPPP bersedia memberikan kerjasama kepada SPRM mengenai pengagihan baja padi kerajaan pusat yang dilaksanakan.

“Kami bersedia membantu kerana kami mempunyai senarai lengkap penerima baja padi kerajaan pusat dan mengagihkannya secara telus serta mengikut prosedur ditetapkan.

Petani yang tidak menerimanya baja subsidi kerajaan pusat sepatutnya menerima baja subsidi daripada kerajaan negeri kerana tidak mengikut peraturan sekiranya seorang petani menerima baja daripada pusat dan negeri secara serentak,’ katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Kembara Jalinan Kasih dan Penyampaian Sumbangan Kepada Mangsa Banjir Daerah Pasir Puteh yang dijayakan Jabatan Penerangan Negeri Kelantan di Kampung Bharu di sini, semalam.

Turut hadir, Pengarah Penerangan Kelantan, Ramli Yusoff; Adun Selising, Zulkifle Ali; Naib Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh, Datuk Dr Mohd Kaisan Abdul Rahman dan Ketua Puteri Umno Bahagian Pasir Puteh, Marshila Ali.

Sementara itu Ramly berkata, Program Jalinan Kasih yang membabitkan 40 sukarelawan berkonvoi untuk membantu 190 mangsa banjir dalam kawasan Komuniti 1 Malaysia di Pasir Puteh, Machang, Pasir Mas dan Tanah Merah.

“Program ini membuktikan kerajaan sentiasa prihatin kepada rakyat yang menjadi mangsa bencana alam di mana pemimpin setempat turun padang untuk bergotong royong bersama komuniti serta mendalami masalah mereka.

“Sumbangan barangan keperluan ini sekurang-kurangnya meringankan beban mangsa banjir sebelum mendapat bantuan lain selepas ini,’ katanya.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger