Kerajaan bersetuju untuk membawa usul bagi mengubah perlembagaan
negara dengan menambah perkataan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) bagi membendung
masalah syiah yang dilihat semakin berkembang di negara ini. Perkara itu
diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika
menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat
Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
"Apakah yang boleh kita jadikan sebagai panduan selepas
Perhimpunan Agung UMNO ke-67 ini dengan jelas menyatakan menyokong teguh
kesungguhan kerajaan meninggikan syariat Islam di negara ini serta-merta.
"Dalam hal ini, kalau ada pihak tidak menerima hakikat, saya
setuju dengan seorang perwakilan kalau buat baik, tak dapat diterima. Tetapi
percayalah, kita tak akan lemah semangat kerana Umno berada di atas landasan
yang tepat, landasan ASWJ.
"Oleh itu, saya nyatakan, Islam di negara ini adalah Islam
agama persekutuan, dan berkefahaman ASWJ," katanya.
Usul tersebut sebelum ini telah dibangkitkan oleh Naib Ketua
Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun untuk mentakrifkan Islam sebagai
agama rasmi negara yang diperincikan hanya kepada pegangan ASWJ. Cadangan itu
dibuat ketika Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda Umno yang berlangsung pada
Selasa lalu.
Selain daripada itu, Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang turut
membentangkan usul yang sama unuk meminta Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi
membolehkan Islam sebagai Agama Persekutuan ditakrifkan kepada ASWJ.
Wakilnya, Datuk Shabudin Yahaya berkata, langkah itu perlu kerana
Islam bertunjangkan ASWJ mampu menjadi benteng kukuh daripada sebarang usaha
penyelewengan terutama oleh mana-mana ajaran sesat.
Beliau berkata, usaha tersebut akan melibatkan pindaan ke atas
fasal tiga Perlembagaan Persekutuan.
''Kita mahu Islam yang bertunjangkan kepada ASWJ dicatatkan
sebagai satu kandungan rasmi di dalam Perlembagaan Persekutuan. Kita mahu
memastikan tiada lagi pengikut-pengikut ajaran sesat dengan mudah mereka
mengaku Islam.,'' katanya.
Manakala Kementerian Dalam Negeri (KDN) ketika diminta mengulas
mengenainya berkata akan membawa usul untuk memasukkan perkataan Sunnah Wal
Jamaah dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai memperincikan takrifan Islam
sebagai agama persekutuan negara.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata,
usul itu akan dibawa kepada kerajaan untuk dibincangkan bagi menghalang fahaman
lain termasuk Syiah daripada berkembang di negara ini.
Ini adalah untuk memastikan agama rasmi negara adalah berasaskan
ASWJ dan bagi mengelakkan kefahaman lain dikembangkan di negara ini,"
katanya.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini, mengeluarkan
statistik yang menganggarkan hampir 300 ratus ribu rakyat di negara ini yang
beragama Islam adalah merupakan pengikut fahaman Syiah.
Ajaran Syiah mula memasuki Malaysia sekitar tahun 80an selepas
berlakunya revolusi Iran pada tahun 1978/79. Pada tahun 1984, Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa mengambil keputusan bahawa hanya Mazhab Syiah dari golongan
Al – Zaidiyah dan Jaafariah sahaja yang diterima untuk diamalkan di Malaysia.
Namun pada tahun 1996, disebabkan oleh penularan ajaran Syiah yang
semakin berleluasa di negara ini, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia menetapkan bahawa umat Islam di
Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli
Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.
Kesimpulannya pengumuman yang dibuat oleh Presiden Umno itu
membuktikan bahawa parti itu begitu berani dan serius untuk membendung ajaran
sesat yang semakin berkembang ini.
Post a Comment