Menurut Ketua Biro Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Datuk Razali Ibrahim, ini merupakan satu tanda bahawa UMNO mengambil langkah yang tepat dalam mengambil kira pandangan generasi muda.
"Mereka yang diberi peluang berucap berpeluang untuk menyalurkan kesemua usul hasil perbincangan sesama mereka hari ini," ujar Razali sejurus merasmikan penangguhan Perhimpunan Mahasiswa Nasional (Pemanas) 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Untuk rekod, sebelum ini wakil mahasiswa hanya dibenarkan untuk berucap pada perhimpunan agung UMNO sahaja.
Pemanas kali ini menyaksikan para mahasiswa dari IPT dalam dan luar negara menghasilkan 36 usul berkenaan politik (10), pendidikan (7), agama (9) dan ekonomi (10), untuk dibentangkan di hadapan para perwakilan UMNO.
Post a Comment