Wanita yang dikatakan mempunyai skandal dengan pelakon terkenal Adi Putra, Nooraida Abdul Mutalib, 30, mengakui dia terlebih dahulu menghantar pesanan kepada aktor itu menerusi aplikasi WhatsApp.
“Saya mengirimkan mesej menerusi WhatsApp kepadanya (lelaki yang dipercayai Adi) terlebih dahulu. Ketika itu, dia akan berangkat ke Mekah untuk menunaikan umrah. Saya mengirimkan ucapan selamat kepadanya dan mendoakan agar doanya dimakbulkan di sana,” katanya dipetik menerusi portal Gua.
Sejak itu, Nooraida mengakui mereka sering berbalas-balas mesej dan gambar berbentuk ‘selfie’ termasuk gambar peribadi milik aktor kelahiran Singapura itu.
Malah, wanita itu juga mendedahkan, sejak empat bulan kes ini mendapat perhatian masyarakat, pelbagai tuduhan telah dilemparkan kepadanya dan tujuannya mengadakan sidang media baru-baru ini adalah untuk membersihkan kembali namanya yang sudah tercalar dek kontroversi tersebut.
“Selama empat bulan ini, macam-macam orang berkata. Saya biarkan sahaja. Saya menyesal dengan perbuatan saya. Sekarang semua orang pun sudah tahu. Saya cuma mahu menegakkan kebenaran dan membersihkan nama yang sudah tercalar,” tambahnya lagi.
Untuk makluman, kes ini sudah pun ditutup oleh pihak polis dan diklasifikasikan sebagai No Further Action (NFA).
Sementara itu, suami Nooraida, Amiruddin Othman yang tidak berpuas hati dengan tindakan pihak polis berhubung siasatan kes itu ingin membawa perkara itu ke tengah selepas didakwa wujud keraguan dalam kes tersebut.
Jadi, sama-sama kita nantikan apakah ‘drama’ seterusnya yang bakal muncul di antara tiga A ini iaitu Adi-Aida dan juga suaminya, Amir, menurut sumber mynewshub.
Post a Comment