Home » » "Gugurkan Menteri, Gantikan Dengan Rosmah" - Kadir Jasin

"Gugurkan Menteri, Gantikan Dengan Rosmah" - Kadir Jasin

Written By Unknown on 09/12/2013 | 4:00 pm


Panas atau Sawan atau Sindir atau Ketiga-tiganya sekali..keh keh 

Kadir Jasin..jangan marah..mulut kita semua demokrasi..kalau Kadir boleh sinis maka ambo pun boleh sinis juga huhu

Nampaknya ramai yang kepanasan dan tak kurang juga yang geleng kepala bila PM Najib cuit sedikit cerita bagaimana isterinya membantu beliau dalam krisis membawa pelajar Malaysia pulang dari Mesir yang sedang bergolak.

..insiden serangan Israel ke atas Freedom Flotilla pada tahun 2010 apabila seorang pelajar Malaysia telah disalah anggap sebagai pengintip oleh Kerajaan Mesir dan ditahan dalam penjara.

“Saya minta isteri saya telefon isteri kepada Presiden (Mesir), Hosni Mubarak yang berkuasa pada masa itu, iaitu Suzanne Mubarak supaya pelajar itu dibebaskan. Dalam masa dua jam saja pelajar kita telah dibebaskan,” katanya.
Najib berkata, keduanya sewaktu Ops Piramid berikutan pergolakan yang berlaku di Mesir bagi membawa pulang pelajar Malaysia menerusi Jeddah di Arab Saudi untuk pulang ke tanah air.
“Kita tak cukup penerbangan, kita terpaksa minta supaya Kerajaan Arab Saudi membenarkan pelajar-pelajar kita menaiki pesawat Charlie 130 dan turun di Jeddah dan dari Jeddah ke Kuala Lumpur tanpa visa.
“Satu permintaan yang amat sukar diberikan oleh Kerajaan Arab Saudi tetapi kerana ada ‘networking’ (rangkaian) dengan keluarga diraja yang telah diusahakan oleh isteri saya, Kerajaan Arab Saudi membenarkan pelajar-pelajar kita,” katanya.

Kalau d amati apa yang PM cuba utarakan..itu hanyalah satu cerita bagaimana reaksi insan biasa bertindak spontan dalam sesuatu keadaan..PM Najib tidak berniat nak kecilkan kebolehan sesiapa termasuk Menterinya dan jauh sekali nak tunjuk betapa hebat isterinya ketika itu..hanya tindakbalas spontan PM Najib d saat krisis tersebut.
Mungkin saat itu PM Najib sedang uruskan hal lain..dan terlintas dalam pemikiran beliau yang isterinya adalah kenalan rapat isteri kedua pemimpin negara tersebut..
Kita pun mungkin punyai tindakbalas spontan yang sama kiranya saat kita menghadapi situasi yang sama..tak salah minta bantuan isteri atau ahli keluarga terdekat kiranya ia memudahkan dan tidak perlu masa yang lama untuk tahu keputusan..tidak terlalu rasmi dan tidak berprotokol..kalau boleh redah dan ianya berbaloi demi rakyat..why not..
Ambo taknak gaduh dengan sesiapa..u all nak henjut PM Najib kerana kononnya tak perlu ceritakan hal ini kepada umum..itu hak anda..cuma kita kena ingat..tak semestinya apa yang kita fikir itu betul dan ianya bukan salah..terpulang dari sudut mana kita lihat..
Ambo sekadar melihat dari satu sudut yang biasa-biasa..bukan luarbiasa hehehe..
Kekadang pandangan kita pun d katakan kipas sebab tak sama dengan pandangan yang umpama wira..boleh pukul atau bahasa Kelate kata boleh katok keliling..ambo minta maaf..kalu nak katok..ambo katok pakatan haram saja..

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger