Di kala krisis CEC DAP belum lagi selesai, parti itu terus mengalami berbagai masalah di beberapa negeri. Biarpun begitu, DAP nampaknya tidak mampu menyelesaikan semua masalah ini sendiri kerana pihak kepimpinan enggan mengakui adanya masalah yang berpunca dari mereka.
Hanya dengan aduan dan tindakan dari pihak berkuasa yang mampu memberi sedikit harapan kepada ahli-ahli DAP untuk melihat sebarang penyelesaian.
Di Kedah semalam, bekas Pengerusi DAP, Lee Guan Aik yang ditepis turun dari jawatannya dengan tidak semena-mena oleh Lim Guan Eng, telah disahkan sebagai masih lagi Pengerusi Negeri berdasarkan surat dari ROS.
Keputusan ROS ini adalah berdasarkan perlantikan Pengerusi baru iaitu Christopher Zairil Lim untuk menggantikan Guan Aik, telah dibuat oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang tidak sah.
Keputusan tersebut membawa maksud Christopher Zairil tidak pernah dan tidak lagi mempunyai apa-apa kuasa di Kedah dan Pejabat baru DAP yang telah dirasmikan oleh Lim Guan Eng di Jalan Putra perlu ditutup serta-merta.
Inilah padahnya jika terlalu bongkak dan enggan mengikut undang-undang sehinggakan undang-undang parti sendiri juga ingin dilanggar.
Tiada siapa yang lebih layak untuk disalahkan mengenai apa yang berlaku ini selain Lim Guan Eng, Setiausaha Agong DAP merangkap anak Lim Kit Siang yang bodohnya sudah melampaui sombongnya.
Selama ini Lim Guan Eng menyangka yang segala tindakannya tidak akan dipersoal atau disanggah oleh ahli-ahli parti. Sangkanya, semua ahli-ahli DAP telah menerima hakikat bahawa beliaulah Tokong yang perlu disembah.
Namun, beliau tidak sedar bahawa seruan ‘Ubah’ turut dihayati oleh ahli-ahli DAP sendiri dan kini mereka juga menuntut perubahan. Ahli-ahli DAP mula memberontak dan para pemimpin bawahan parti itu juga tidak lagi mampu menahan sabar ditendang dan ditolak ke tepi ke tengah sesuka hati seolah-olah mereka hanyalah boneka.
Hakikatnya, pemimpin bawahan seperti Pengerusi Negeri telah dipilih secara demokrasi oleh ahli-ahli parti di negeri itu. Ini bermakna, mereka punya sokongan dan dihormati. Justeru, sekurang-kurangnya, pemimpin atasan DAP harus menghormati mereka ini dan bukannya menganggap mereka sebagai hamba sahaya yang perlu menurut perintah pada bila-bila masa.
Jika Lim Guan Aik sudah pasti mendapat sokongan akar umbi di Kedah, Lim Guan Eng pula belum tentu mendapat sokongan seluruh ahli DAP untuk berada di tempatnya hari ini berdasarkan aduan wujudnya manipulasi dalam pemilihan CEC.
Arahan Guan Aik agar pejabat baru ditutup dan sebarang aktiviti yang diadakan atau dirancang oleh jawatankuasa interim sebelum ini sebagai tidak sah dan batal, merupakan satu tamparan hebat kepada Guan Eng.
Jelas, Guan Eng semakin kehilangan sokongan dan tidak lagi dihormati atau ditakuti. Lidahnya yang bercabang serta sikapnya yang bodoh sombong kini semakin lahap memakan diri dan juga parti.
Dengan hanya sedikit kuasa, Guan Eng telah membuktikan kepada rakyat Malaysia apa yang dituduh oleh UMNO sebelum ini iaitu DAP dipimpin secara kukubesi oleh Dinasti Lim.
Jika parti juga dipimpin secara kukubesi, apakah ada yang masih percaya DAP mampu memerintah secara demokrasi?
foto hiasan
Post a Comment