PORT DICKSON – Seorang kanak-kanak berusia 30 bulan yang mendesak ayahnya membawa dia menaiki ‘banana boat’ ketika bercuti di Pantai Purnama dekat sini meninggal dunia akibat komplikasi selepas lemas akibat terjatuh ke dalam laut dalam insiden berkenaan.
Keluarganya yang tinggal di Pasir Panjang dekat sini, datang untuk berkelah di pantai popular berkenaan bersama-sama tiga anak mereka pada tengah hari Ahad.
Kanak-kanak berkenaan, Nur Hannan Humairah Mohd Hafrisham, kemudiannya memujuk ayahnya agar membawa dia menaiki ‘banana boat’.
Ayah mangsa, yang bekerja di sebuah bank di Kuala Lumpur, akhirnya mengalah dan membawa kanak-kanak berkenaan bersama-sama tujuh yang lain untuk bermain ‘banana boat’.
Post a Comment