Seorang remaja yang menyeksa dan membunuh teman wanitanya dalam satu serangan ganas, dihukum penjara seumur hidup.
Penuntut kolej, Hannah Windsor, 17, diikat pada pokok, diserang secara seksual, dicekik dan dicederakan dengan sebilah pisau oleh Adam Lewis, 18. Lewis dari Wirral, Merseyside sebelum ini menafikan tuduhan membunuh Hannah tetapi menukar pengakuan sejurus sebelum perbicaraan bermula di Liverpool.
Video CCTV merakamkan Hannah berjalan ke tempat kejadian untuk berjumpa Lewis
Dia juga mengaku salah atas dua tuduhan serangan seksual ke atas mangsa. Ketika membacakan hukuman penjara seumur hidup, hakim berkata, hanya Lewis yang tahu apa berlaku ke atas Hannah.

“Bagaimanapun, jelas kamu sengaja melakukan kecederaan ke atas mangsa sehingga menyebabkan dia mengalami kesakitan amat sangat,” katanya.
Lewis mengalami kesukaran belajar dan tahap IQ rendah tidak menunjukkan sebarang emosi ketika hakim memberitahunya bahawa laporan patologi mengenai kematian Hannah “menggerunkan.” Mayat Hannah dalam keadaan separuh bogel ditemui tersorok di bawah daun, ranting dan kotoran di Bidston Hill, Wirral, pada 19 Mei lalu.
Hannah tinggal di sebuah asrama untuk remaja gelandangan ketika serangan ke atasnya berlaku. Pendakwa, Neil Flewitt, berkata kecederaan dialami Hannah “amat menakutkan.” Menurut Flewitt, mangsa diikat pada pokok, diserang secara seksual dan ditikam berkali-kali di dada, perut dan belakang.

“Mulutnya pula ditutup dengan pita pembedahan dan dia dicekik dengan gabungan tangan serta tali,” katanya. Siasatan juga mendapati, ada beberapa kecederaan parah pada kemaluan mangsa. Sementara itu, media melaporkan, Hannah dan Lewis menghidap masalah dikenali sebagai ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder) yang menyebabkan kemampuan pembelajaran mereka terganggu.
Mereka bertemu ketika sama-sama belajar di sekolah khas di Wirral. Bercakap di luar mahkamah, ibu Hannah, Gaynor Murray, berkata semalam adalah “hari terbaik dalam hidupnya” selepas hakim membuat keputusan.
Tempat Kejadian

Post a Comment