Kawasan perkuburan itu meliputi area seluas 1485.5 hektar dan menjadi rumah bagi jutaan manusia yang dimakamkan di sana. Najaf sendiri adalah salah satu kota terbesar di Iraq, dengan populasi mencapai 600,000 orang.
Namun kerana jumlah mayat yang dikebumikan di Wadi Al-Salam bertambah banyak, kawasan itu diperbesarkan lagi sehingga 10 km di sepanjang lembah. Menariknya lagi, Wadi Al-Salam juga merupakan satu-satunya tanah perkuburan di dunia, di mana proses pengebumian masih terus berjalan sejak lebih dari 1400 tahun yang lalu.
Banyak nabi, raja, bangsawan dan sultan bersemadi di pemakaman ini, termasuk dari Nabi Hud, Nabi Saleh, dan Ayatullah Sayyid Muhammad Baqir al-Sadr, serta Ali bin Abi Thalib.
Ketika perang Iraq pada tahun 2003, pejuang bersenjata Iraq sering menggunakan pemakaman ini sebagai tempat bersembunyi dan mengintai musuh. Tentera Amerika tidak dapat memasuki daerah tersebut kerana Wadi Al-Salam dipenuhi jalur berliku dan makam bawah tanah.
Post a Comment