Ketika berita ini ditulis, tinggal 24 jam lagi sebelum beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan menganjurkan perhimpunan haram di Dataran Merdeka bertujuan mengulingkan kerajaan.
Antara sebab perhimpunan haram itu atas alasan peningkatan kos sara hidup yang dijangka pada tahun hadapan berikutan kenaikkan harga tol dan beberapa benda lain.
Hakikatnya kerajaan belum buat apa-apa kenyataan rasmi pun berhubung semua kenaikkan yang diperkatakan. Hanya peningkatan tarif elektrik yang muktamad setakat ini, yang lain semuanya belum ada kata putus sama ada naik atau tidak.
Namun, demi memperlihatkan keprihatinan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetap melaksanakan 11 pendekatan untuk perbelanjaan berhemah kerajaan yang baru diumumkan petang tadi.
Selain itu, NGO-NGO itu juga mendakwa berlaku pembaziran di pihak kerajaan yang mana kesannya ditanggung rakyat.
Semua ini didalangi pembangkang. Sepatutnya pembangkang bersikap berhemah jika mahu beriya-iya mengutuk kerajaan sebagai boros.
Ambil contoh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang selepas membeli Toyota Camry untuk kegunaan diri dan para exconya berberapa bulan lalu, akan mula pula menggunakan W221 Mercedes-Benz S300L yang mana harga ‘on the road’ kereta itu adalah sekitar RM560,000.
Lepas Camry, Mercedes pulak…
Semua ini selepas Pulau Pinang menyaksikan peningkatan gaji Ketua Menteri, peningkatan harga meletak kereta, peningkatan tarif air, peningkatan harga rumah, peningkatan cukai pintu, peningkatan levi hotel, peningkatan harga lesen menjaja dan macam-macam lagi.
Di kala ada perhimpunan politik untuk mengutuk kerajaan pusat boros oleh pihak pembangkang…. kerajaan negeri Pulau Pinang memperlihatkan sikap yang macam mana pula?
Sudah la membelakangkan kereta kebangsaan… tambah lagi kereta mewah untuk kegunaan tahun 2014.
Tahniah Guan Eng… di satu tangan anda kata kerajaan pusat boros… di satu tangan anda akan mula menggunakan W221 Mercedes-Benz S300L bermula Januari ini….ni hoi la tailo!
mynewshub
(Kereta yang baru dibeli beberapa bulan lalu)
Post a Comment