Home » » Foto ; Guru Lelaki Di Culik & Di Liwat Penjual Karpet !!

Foto ; Guru Lelaki Di Culik & Di Liwat Penjual Karpet !!

Written By Unknown on 18/12/2013 | 6:45 pm

Guru Kena Culik, Liwat Lepas Berkenalan Dengan Lelaki Pakistan Jual Karpet Di FB

Kuala Lumpur –  Baru kira-kira setahun berada di negara ini, namun empat lelaki warga Pakistan yang pada asalnya mencari rezeki dengan menjual permaidani sudah berani ‘naik tocang’ dengan mengubah kerjaya menjadi penjenayah.
Rakus mendapatkan wang dengan cara mudah, empat mat karpet itu nekad menculik seorang guru lelaki dan mengaut wang tebusan RM10,000 daripada mangsa.
Sepanjang menjadi tebusan, mangsa bukan saja dibelasah hingga cedera, malah seorang daripada suspek turut meliwat lelaki berusia lewat 30-an itu.
Sumber polis berkata, kejadian berlaku antara jam 7 hingga 8 malam sekitar Cheras pada 16 November lalu dan mangsa dikurung selama 36 jam di sebuah rumah berjaya meloloskan diri.
Menurutnya, selepas sebulan berlalu dan ketika keempat-empat suspek leka berfoya-foya dengan wang tebusan, polis yang tidak berhenti memburu mencekup mereka. – HMetro
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger