Home » » Eksklusif ; Perbezaan Antara Ustaz Kazim Elias & Azhar Idrus

Eksklusif ; Perbezaan Antara Ustaz Kazim Elias & Azhar Idrus

Written By Unknown on 04/12/2013 | 9:00 am


"Ulama adalah warisatul Ambiya..Ulama adalah Waris Nabi.."

Hadis d atas 'bunyi'nya mudah..malah majoriti yang tafsir pun pakai tangkap muat tanpa berfikir panjang apa sebenarnya yang hendak d sampaikan oleh Nabi saw.

Ulama Mukhlisin..itulah yang hendak d sampaikan oleh Penghulu bagi seluruh Nabi dan Rasul..Ulama yang meletakkan kepentingan Agama melebihi kepentingan dunia. Ulama yang mempunyai keperibadian dan akhlak yang d tunjukkan oleh Kekasih Allah..

Label "WARIS NABI" bukan hanya setakat..asal orang gelar kita USTAZ atau Maulana atau Sheikhul maka dengan mudah kita mampu berjalan d mukabumi ini dengan mendada kononnya kitalah Warisatul Anbiya..

Malah ukuran ILMU tanpa AMAL juga adalah faktor samada seseorang itu layak d gelar WARIS NABI..

Dua insan yang ambo sebut d atas..terlalu banyak perbezaannya..malah terlalu jauh beza antara keduanya dari semua segi yang menjadikan seseorang itu d hormati sebagai Waris Nabi..Pewaris segala apa yang ada pada Asbab terjadinya dunia ini dan apa yang ada d atara keduanya malah termasuk Syurga dan Neraka...Muhammad saw.

Ustaz Kazim Elias dan Azhar Idrus, dua hamba Allah yang berbeza dalam membawa watak seorang "Ustaz"..atau Orang Alim..atau Pewaris Nabi..

Lihat dengan mata hati..bukannya nilai dengan emosi..buang amarah dan Allah akan tunjukkan kebenaran insyaAllah ;

AKHLAK & KEPERIBADIAN

Sebagai Pewaris Nabi..akhlak adalah ukuran pertama kerana label Ustaz atau Ilmuan Agama adalah contoh kepada masyarakat samada Islam maupun bukan Islam. Akhlak Nabi saw adalah akhlak terpuji, bukan sahaja manusia terkesan dengan akhlak Baginda saw malah makhluk lain juga terkesan..samada makhluk yang zahir d pandangan mata maupun yang ghaib tanpa dapat d lihat dengan mata kasar.

Manusia yang jauh pada Allah, yang kufur, terkesan dengan akhlak Nabi saw..akhirnya datang kepada agama Allah..seluruh anggota Nabi saw 'berakhlak' mulia yang mampu menarik Rahmat Ilahi..Ada yang datang kepada Islam dengan Dakwah Lisani Nabi saw, ada yang melihat cara Nabi saw makan, cara berjalan Nabi saw dan pelbagai geraklakunya juga mampu menarik manusia yang jauh pada Allah datang dan sujud pada PenciptaNya..

Bezakan ; Layakkah seorang manusia d gelarkan Pewaris Nabi untuk d jadikan ikutan kiranya apa yang keluar dari mulutnya penuh dengan maki hamun?

"BODOH", perkataan hamun yang sentiasa basah d bibirnya? Apakah Nabi saw basahkan bibir Baginda saw dengan perkataan itu?...ini contoh akhlak yang paling mudah aakj berikan..belum lagi yang sumpah seranah hanya untuk mendapat gelak ketawa dalam so called Majlis Ilmu?



ILMU

Ustaz Kazim, mempunyai kelulusan Hafiz dan Qiraat dari Maahad Tahfiz Masjid Negeri Perak. Berguru dengan Guru yang jelas diketahui latarbelakang perguruan dan kemahiran bidang Ilmu Kalamullah. (wikipedia)

Ulama Muktabar selalu berpesan..carilah guru yang Mursyid..dan mohonlah kebenaran untuk sampaikan apa yang d pelajari tanpa menokok tambah dari Ilmu yang d perolehi.

Kenapa kita tidak berani berterus terang dan berbangga dengan nama Guru kita dan tentang apa jurusan khas atau pengkhususan yang kita belajar tanpa menimbulkan syak? Bertalaqi juga adalah satu kaedah pembelajaran. Kenapa agak sukar nak menjawab bila soalan tentang hal ini d kemukakan?

Perhati dengan teliti akan sesuatu Hadis yang d keluarkan..ada turutan dari mana asal hadis itu d pelajari, sebagai contoh, "Dari Abu Hurairah r.a..aku dengar dari Aisyah r.a.." menurut Mufassir..Aisyah adalah Guru kepada Hurairah..kenapa harus malu nak jelaskan pada hadirin persoalan dari mana kita belajar dan dengan siapa kita bertalaqi malah ilmu apa yang kita dalami?

Zaman Nabi saw.."Kolej atau Universiti" melahirkan Ilmuan ketika itu adalah Masjid Nabawi..kena ingat, tahap Ilmu Sahabat r.a juga berbeza..tak perlulah aakj nak huraikan panjang lebar siapa Alim antara Sahabat Nabi saw..yang penting kita jangan mudah keliru dengan label Ustaz yang d pakai oleh seseorang.


MURID atau PENDENGAR

Terlalu jauh bezanya bila kita lihat siapakah jemaah atau orang yang hadir d majlis antara Ustaz Kazim dengan Azhar Idrus.

Kalau kita sedar kita sebagai Pewaris Nabi yang dengan niat kerana Allah sebagai Pendakwah Agama Allah..maka sudah tentunya manusia yang datang ke majlis kita adalah dari pelbagai latarbelakang fahaman politik.

Anda boleh lihat sendiri siapa yang datang d majlis antara mereka berdua? Yaa..dulu ketika awal-awal penampilan d majlis Ilmu Azhar Idrus, semua jenis kategori manusia yang datang tapi ianya tidak mengambil masa yang lama..akhirnya yang tinggal di majlis Azhar hanyalah ahli parti politik atau penyokong tegar Pas sahaja..kenapa yang berfahaman "UMNO" tinggalkan majlis Ilmu Azhar? jawapannya mudah..sumpah seranah yang keluar dari mulut Azhar..makin seronok manusia terbahak bahak ketawa mendengar dia menyumpah seranah Kerajaan Pusat..makin dia lupa siapa ahli jemaah yang hadir mendengar...tanpa silu beliau berkempen memburukkan Kerajaan BN dalam setiap ceramah so called Majlis Ilmu..natijahnya label Pendakwah Bebas bukan lagi penting dalam perjuangan martabatkan Ilmu Islam..mula jadi Pendakwah Gila Glamor...


KEMEGAHAN vs ZUHUD

Nabi saw d utuskan untuk menjadi contoh kepada manusia hingga kiamat..Ini maksud tafsir "ZAMAN MUHAMMAD saw"

Sebagai Pewaris Nabi..anda sendiri boleh bezakan, siapa antara keduanya yang besungguh ingin membawa manusia kepada cara hidup yang Allah redha? Ulama Tafsir huraikan, apa yang Nabi saw buat adalah contoh terbaik, tidak perlu kita fikirkan ada cara lain yang lebih baik untuk menarik manusia dekat pada Allah swt..

Kononnya cara nak tarik anak muda maka kita buat begitu dan begini..kononnya ini saja yang mampu menarik anak muda atau manusia untuk menghampiri Allah..Kita guna hukum akal kita..akhirnya kita lupa tentang apa cara Nabi saw buat..iblis mengambil kesempatan..kita nampak seolah-olah apa yang kita buat itu betul walhal kita makin menjauhkan manusia pada Rahmat Allah swt..lupa bahawa hanya cara Nabi saw mampu menarik Rahmat Allah swt...sesat dengan perbuatan sendiri..zuhud hilang..yang datang hanyalah sifat bermegah...makin ramai yang hadir..kita ingat sudah berjaya..rupanya kita menuju pada kegagalan yang nyata..

"..tak perlu naik motor besar..beli motor berkuasa tinggi dengan sandaran alasan nak guna untuk pikat orang muda..sedangkan itu hanya untuk memenuhi hobi atau nafsu keduniaan yang tak mampu nak d tolak..beli dan diam-diam udah le.."

Masjid atau Rumah Allah kita jadikan tempat medan kita untuk mengejar kemegahan dengan tawa hilai hadirin yang hadir..riuh terbahak..akibat hasutan dan bisikan iblis yang sentiasa menunggu saat kita ALPA..

Anda perhatikan sendiri..siapa yang hadir d majlis Ustaz Kazim..dari dulu hingga kini..ahli UMNO atau manusia yang dahagakan ILMU?

Terlalu banyak bezanya kalau aakj nak letak kat sini..yang sama antara mereka buat sementara waktu adalah keduanya AHLI PAS..tapi Allah buka hati Ustaz Kazim untuk melihat kebenaran..UMNO platform terbaik untuk syiarkan Islam..UMNO, kumpulan manusia Melayu Islam terbesar d dunia..

Kepada Ustaz Kazim..aakj harap sabarlah menempuh cabaran dan dugaan..lihatlah apa yang Nabi saw dan keluarga Baginda saw lalui...yakinlah ujian yang Allah beri adalah untuk naikkan IMAN...kepada keluarga Ustaz Kazim..jadilah seperti keluarga Nabi saw..sesungguhnya ujian yang datang dari Allah..Dia ingin lihat sejauh mana sokongan yang ahli keluarga berikan...yakinlah rahmat dan nusrah Allah akan datang pada sabar...aminnn

...bersambung....


Share this article :

+ comments + 2 comments

3/15/2015 8:09 pm

Maahad tahfiz negeri perak???gaya ckp tu,mcm ijazah or master tahfiz alazhar ke,madinah ke td..

3/15/2015 8:10 pm

Maahad tahfiz negeri perak???gaya ckp tu,mcm ijazah or master tahfiz alazhar ke,madinah ke td..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger