Home » » Caj Lesen Perniagaan Naik 400% ; Pakatan Haprak Terus Bersandiwara !!

Caj Lesen Perniagaan Naik 400% ; Pakatan Haprak Terus Bersandiwara !!

Written By Unknown on 28/12/2013 | 9:00 am


Kerajaan Negeri Selangor mestilah mengkaji semula kenaikan lesen perniagaan di beberapa PBT di Selangor yang mendadak sehingga 400 peratus terutamanya bagi yang melibatkan perniagaan-perniagaan kecil dan sederhana serta cadangan kenaikan cukai pintu.
Kenaikan ini membabitkan antara lain Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Majlis Perbandaran Subang Jaya dan dibuat menerusi undang-undang kecil di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Sememangnya Kerajaan Negeri sudah memberikan penurunan cukai pintu sebanyak 25 peratus bagi pangsapuri kos rendah sebelum ini.
Keputusan kenaikan lesen perniagaan di MPSJ pula sudah diluluskan sejak zaman UMNO-BN lagi dan bersifat progresif dengan premis berkeluasan besar dikenakan kadar cukai yang lebih tinggi, namun kadar peningkatannya masih mendadak bagi perniagaan kecil dan sederhana.
Kerajaan Negeri seharusnya mengambilkira kenaikan kos yang dihadapi oleh peniaga kecil dan sederhana dan golongan pekerja, petani dan kelas menengah terutamanya kini apabila kita berhadapan pengenalan cukai GST, kenaikan harga tol dan tarif elektrik serta penurunan pelbagai subsidi barangan keperluan oleh Kerajaan Persekutuan.
Kenaikan kos ini pasti akan dirasai di dalam harga barangan yang akan dibayar semua pengguna nanti dan memberi impak kepada semua rakyat Malaysia.
Justeru saya menggesa Kerajaan Negeri mengkaji semula pelaksanaan dasar ini dan memastikan sebarang perubahan dasar mengambil kira kepentingan rakyat yang ramai.
NIK NAZMI NIK AHMAD
TIMBALAN SPEAKER DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI SERI SETIA
(sumber keadilandaily.com)
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger