Home » » #Banjir2013 ; Video Menteri Besar Terengganu Beli Roti Untuk Mangsa..Hebat !!!!

#Banjir2013 ; Video Menteri Besar Terengganu Beli Roti Untuk Mangsa..Hebat !!!!

Written By Unknown on 07/12/2013 | 8:00 pm

VIDEO: MB Terengganu TAHAN Lori Gardenia Tengah Jalan, Agih Roti Kepada Mangsa Banjir

Ketika Menteri Besar Terengganu melalui jalan pulang dari Kuala Lumpur ke Kemaman untuk bersama rakyat menghadapi banjir, beliau tersekat di kawasan Chendor.

Ramai pemandu bersama ahli keluarga, anak, isteri dan lain-lain yang tersekat sama di situ, semua dalam keadaan kelaparan.
Ini kerana situasi yang amat sukar dalam serba kekurangan.
Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu betapa susahnya menghadapi situasi ketika itu.

Dengan petunjuk kebesaran yang Allah S.W.T berikan, terdapat dua lori roti Gardeniea yang berada di situ.
Dato Seri yang tidak sanggup melihat situasi rakyat dalam kelaparan.
Beliau telah meminta agar pemandu lori tersebut membuka pintu lori bagi mendapatkan makanan (roti) yang ada bagi di agihkan kepada semua yang ada di situ.

Pada permulaannya, kedua-dua pemandu lori itu tidak membenarkan Dato Seri Ahmad Said membuka lori tersebut.
Tetapi Dato Seri Ahmad Said tetap berkeras mahukan roti tersebut kerana beliau tidak tahan dan tidak sanggup melihat rakyat kelaparan.
Lalu Dato Seri meminta agar pemandu lori tersebut terus menghubungi Manager mereka di Kuala Lumpur untuk meminta kebenaran bagi membeli semua roti-roti tersebut.

Setelah Dato Seri berbincang dengan Manager, pemandu untuk sanggup membayar jumlah yang diterima oleh manager tersebut, maka Dato Seri Ahmad Said telah membuka lori tersebut untuk di agihkan kepada semua mangsa keadaan.


Ramai yang datang berterima kasih pada Dato Seri, anak-anak kecil yang kelaparan di situ dapat mengisi perut, rungutan dan kelapran dapat di isi, mungkin terdetik di dalam hati MB ketika itu rasa lega dan bersykur kerana dapat memadamkan kesusahan rakyat ketika itu.
Syabas Datuk Seri! (sumber http://siemens-melayumaju.blogspot.com)
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger