Home » » #Banjir2013 ; Foto Jenazah Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Di Temui..AlFatihah..

#Banjir2013 ; Foto Jenazah Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Di Temui..AlFatihah..

Written By Unknown on 07/12/2013 | 4:00 pm




Mayat Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Pekan Jamali Ali, 44, yang lemas ditelenggami pusaran banjir pada Rabu di Sungai Isap, ditemui di tali air Kampung Razali jam 2.30 petang tadi (6/12/13), kata Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Lembing Datuk Md Sohaimi Md Shah.

Beliau berkata, mayat ditemui penduduk bersama anggota penyelamat dalam keadaan terapung kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian lemas.

“Mayat mangsa ditemui jam 2.30 petang oleh penduduk kampung, anggota tentera dan bomba. Lokasi penemuan mayat berhampiran tali air utama di Sungai Isap,”.

Pagi tadi, mayat anak Jamali, Megat Nazri, 17, ditemui di tali air Taman Guru iaitu dua kilometer dari lokasi kejadian pada jam 9.30 pagi. Dalam kejadian 7.30 malam pada Rabu, dua beranak itu dikhuatiri lemas ketika memindahkan barang ke bot.

Jamali dan Megat Nazri dipercayai terjatuh ke dalam arus deras selepas bot itu terbalik dipercayai melanggar arus pusaran air. Md Sohaimi berkata kini mayat Jamali sedang dibedah siasat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan dan akan dimandikan di hospital berkenaan. Katanya, mayat dua beranak itu akan dibawa pulang ke Pekan sebelum dikebumikan dalam satu lahad hari ini semalam.

Banjir melanda negeri Pahang, Terengganu dan Johor dan dikatakan diantara yang terburuk sehingga menyebabkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek turun sendiri ke kawasan Parlimennya di Kemaman untuk memberikan bantuan

-berita tertunda..sumber
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger