Home » » Alahai Negara Islam..Tayang Filem Lucah 3 Kali Sehari...

Alahai Negara Islam..Tayang Filem Lucah 3 Kali Sehari...

Written By Unknown on 23/12/2013 | 6:30 pm


Sebuah panggung di Pakistan hanya menayangkan filem lucah yang disajikan sebanyak tiga kali sehari. Panggung wayang tersebut dikenali sebagai Shama merupakan panggung wayang porno yang terletak di barat laut Pakistan.

Lokasi Shama juga merupakan kubu kuat Taliban dan militan Al-Qaeda yang memperjuangkan pemerintahan Islam.

Terdapat tiga tayangan filem porno yang dipaparkan di sebuah bilik gelap pawagam berkenaan manakala layar perak dewan utama pula dikhaskan untuk filem 'biasa'.


Pelanggan filem "klasifikasi X" itu perlu membayar wang 200 rupee (RM6.15) dan hanya dibenarkan masuk selepas mereka diperiksa seorang pengawal bersenjatakan raifal AK-47.

Di dalam bilik gelap itu pula, bau asap ganja memenuhi ruang yang menempatkan 20 barisan kerusi diperbuat daripada kulit palsu.

Semasa satu tayangan filem berkenaan, lebih separuh dewan itu dipenuhi penonton yang terdiri daripada buruh, petani dan pelajar yang datang untuk lari daripada kekangan kehidupan harian di wilayah Islam berkenaan.

Kunci kejayaan Sharma adalah tayangan filem lucah buatan tempatan yang sukar ditemui di sini atau di internet yang sarat dengan filem porno Barat.

Sebelum ini, parti politik berasaskan agama paling utama di Pakistan, Jamaat-e-Islami (JI) menuntut supaya panggung Sharma ditutup.

Namun, pawagam tersebut mempunyai pemilik yang berkuasa iaitu keluarga Bilour.Keluarga berkenaan adalah yang paling berpengaruh di sini dan merupakan teras parti nasionalis etnik Pashtun, Parti ANP.

Pawagam tersebut pernah diserang sebanyak dua kali oleh aktivis Islam termasuk pelajar JI dalam tempoh 10 tahun tetapi premis itu masih beroperasi.

Shama pernah dibakar pada September 2012 tetapi ia dibuka semula sebulan kemudian ketika umat Islam menyambut Hari Raya Korban.Panggung tersebut penuh dengan penonton pada hari berkenaan.

Bagaimana pawagam itu berjaya mengelak penapisan oleh pihak kerajaan dan gangguan Taliban menjadi misteri sehingga kini. - AFP

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger