KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) memaklumkan penggantungan akhbar The Heat tidak ada kena mengena langsung dengan penerbitan sebuah artikel bekaitan perbelanjaan tidak berhemah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosman Mansor.
Akhbar mingguan itu, digantung permit penerbitannya serta-merta dan ramai yang mempercayai ianya disebabkan laporan muka depan berkenaan.
“Keputusan penggantungan tidak ada kena mengena dengan laporan The Heat mengenai Perdana Menteri dan sebarang tuduhan sebaliknya adalah tidak berasas,” kata jurucakap KDN, dipetik oleh The Wall Street Journal.
Menurut KDN, permit penerbitan akhbar mingguan berbahasa Inggeris itu digantung kerana mereka melanggar syarat-syarat ditetapkan.
Sementara Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar (gambar, kiri) berkata penggantungan akhbar The Heat berkuatkuasa serta merta selepas diberikan surat tunjuk sebab.
Kata beliau, ia merupakan prosedur biasa sementara menunggu jawapan kepada surat tunjuk sebab, sebelum tindakan selanjutnya dari KDN.
“Penerbit mempunyai masa sehingga 24 Disember untuk menjawab surat tunjuk sebab dikeluarkan kepada mereka,” kata Wan Junaidi kepada The Malaysian Insider.
Timbalan Ketua Pengarang The Heat, Yeoh Guan Jin, telah mengesahkan kepada The Wall Street Journal tentang penggantungan akhbar itu.
“Akhbar mingguan itu tidak akan dikeluarkan pada 21 Disember seperti dijadualkan,” katanya.
mynewshub
Post a Comment