Rakaman video menunjukkan artis itu, Pyotr Pavlensky duduk berbogel di luar bangunan pusara Lenin di Moscow sebelum polis menutupnya dengan selimut.
Agensi berita kerajaan RIA Novosti berkata, Pavlensky dibawa ke balai polis selepas dirawat di sebuah klinik dekat tengah Moscow.
Artis berpangkalan di Saint Petersburg itu berkata dalam satu kenyataan yang dimuat naik pada laman web Grani.ru yang dia cuba mendapatkan perhatian mengenai kemajuan masyarakat Russia kepada ‘negara polis’. Russia meraikan cuti Hari Polis tahunan kelmarin.
Post a Comment