Home » » Video Isu Kuil Di Robohkan ; Ada Timbalan Menteri Nak Jadi Hero

Video Isu Kuil Di Robohkan ; Ada Timbalan Menteri Nak Jadi Hero

Written By Unknown on 15/11/2013 | 9:00 am

VIDEO: Penjelasan Sebenar Menteri Mengenai Isu Kuil Hindu Di Jalan P. Ramlee...

Usaha kalangan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk corner Datuk Seri Tengku Adnan Mansor mengenai isu roboh bangunan tambahan kuil di Jalan P Ramlee,Kuala Lumpur dalam sidang Dewan Rakyat nyata gagal.
Asalnya ramai menduga Menteri Wilayah Persekutuan itu akan angkat suara serang mereka balik kerana tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) adalah ikut undang-undang atas surat perintah mahkamah.
Namun beliau steady dan cool sahaja berdepan dengan beberapa Ahli Parlimen pembangkang khususnya dari kaum India yang cuba hendak mempersoalkan macam-macam mengenai tindakan DBKL itu.
Tengku Adnan juga enggan layan cubaan mereka untuk membangkitkan komen Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy yang mengecam beliau dalam isu berkenaan.
( Beliau yang ditemui di luar dewan selepas itu juga enggan ulas komen Waythamoorthy .Katanya beliau enggan panjangkan isu itu dan tidak mahu ia disalah tafsir)
“Saya sebagai menteri tahu apa yang berlaku,”katanya mengenai pelbagai hal yang melibatkan rumah ibadat di sekitar Wilayah Persekutuan.
Tengku Adnan kata tindakan bukan saja diambil terhadap kuil tetapi juga surau.
Katanya ada sebuah surau di Wilayah Persekutuan yang jadi tempat penyebaran ajaran yang tidak sepatutnya serta ia dibina atas tanah milik orang.
“Saya sudah beritahu JAWI agar ambil tindakan…jika tidak kita akan bertindak,”katanya.
Beliau yang bercakap dengan nada tenang menjelaskan perintah mahkamah sudah dikeluarkan sejak September tahun lalu untuk merobohkan kuil di Jalan P Ramlee itu.
Kuil itu dibina atas tanah milik sebuah syarikat swasta.
Tengku Adnan mengulangi kenyataan beliau sebelum ini bahawa tindakan meroboh hanya melibatkan bangunan tambahan dan bukan kuil.
Usaha akan diambil untuk cantikan kawasan sekitarnya.
Katanya ini semua akan dilakukan sekalipun hakikatnya ia bukanlah sebuah kuil yang memenuhi ciri-ciri sebuah kuil sebenar.- AGENDADAILY.COM


VIDEO: Penjelasan Sebenar Menteri Mengenai Isu Kuil Hindu Di Jalan P. Ramlee…http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/f9a915bc3f09f70a379c561ad8ad09bf.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/f9a915bc3f09f70a379c561ad8ad09bf-150x150.jpgMyNewsHubmyHangatUtama

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger