Suasana sebuah majlis perkahwinan di Yaman bertukar menjadi peristiwa berdarah apabila salah seorang tetamu menembak secara rambang tetamu lain yang sedang menari ketika lagu Gangnam Style ke udara.
Sekurang-kurangnya tiga maut dan seorang parah terkena peluru AK-47 dalam kejadian tersebut.
Sebelumnya, suasana majlis kelihatan dimeriahkan dengan lagu popular penyanyi Korea, Psy lalu tetamu dapat dilihat menari penuh kegembiraan.
Tetapi ketika korus, dapat didengar tembakan mula dilepaskan diikuti mayat bergelimpangan dengan darah memercik di lantai.
Walaupun senjata tidak dibenarkan dibawa ketika majlis perkahwnan di Yaman, melepaskan tembakan ke udara adalah perkara lumrah ketika majlis perkahwinan di sana.
Bagaimanapun, masih belum dapat dipastikan sama ada penambak dalam video yang tersebar menerusi Liveleak ini sudah ditangkap atau pun tidak. – mynewshub
Post a Comment