Home » » Tembak Mati Pegawai Ambank ; Keluarga Allahyarhamah Norazita Terima Sumbangan

Tembak Mati Pegawai Ambank ; Keluarga Allahyarhamah Norazita Terima Sumbangan

Written By Unknown on 04/11/2013 | 7:39 am

13-11-03 AmBank Group Holds Majlis Tahlil IMG_0688 (med)


Keluarga bekas Pegawai Operasi Ambank, Norazita Abu Talib, 37, yang ditembak mati dalam satu kejadian rompakan pada 23 Oktober lalu menerima sumbangan sebanyak RM100,000 daripada bank tersebut hari ini.

Ambank dalam satu kenyataan media memberitahu, sumbangan itu disampaikan oleh Pengerusi Ambank, Tan Sri Azman Hashim kepada suami mangsa, Irwan Kamarudin dalam satu majlis tahlil dan doa selamat yang diadakan di cawangan bank Norazita bekerja pukul 3 petang ini.

“Sumbangan RM100,000 itu terdiri daripada RM45,599.02 hasil Kutipan Wang Derma Kelab AmBank Group, RM2,000 daripada Kelab AmBank Group, RM10,000 daripada AmIslamic Bank dan juga sumbangan individu RM42,400.98 dari Tan Sri Azman Hashim.

“Wang yang diterima dibawah Polisi Insurans Kumpulan berjumlah RM352,188 (terdiri daripada RM149,652 daripada Insurans Hayat Tempoh Kumpulan atau “Group Term Life” dan RM202,536 daripada Insurans Kemalangan Peribadi Kumpulan) akan dibayar kepada estet Allahyarhamah,” kata kenyataan itu hari ini

Polis pada 1 November lalu berkeyakinan tinggi dapat menyelesaikan kes tembak tersebut berikutan penemuan beberapa lagi petunjuk baharu berhubung kes pembunuhan kejam berkenaan.

Bagaimanapun, Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan dipetik berkata, pihaknya tidak dapat mendedahkan petunjuk tersebut kerana dikhuatiri menganggu siasatan polis terhadap kes berkenaan.

Norazita dibunuh dengan kejam oleh seorang pengawal keselamatan yang menembak mati dengan menggunakan selaras senapang semasa dia membuka bilik kebal Ambank di Subang Jaya.

Pengawal itu turut melarikan kira-kira RM450,000. Polis kemudiannya melancarkan gerakan memburu pengawal itu dan menahan beberapa suspek termasuk isteri pengawal tersebut.


mynewshub 
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger