Home » » Sebarkan : Polis Nafikan "Masukkan No PIN Terbalik" Adalah Bantuan Senyap Ketika Di Ugut !

Sebarkan : Polis Nafikan "Masukkan No PIN Terbalik" Adalah Bantuan Senyap Ketika Di Ugut !

Written By Unknown on 12/11/2013 | 9:30 pm

PDRM: Tiada Bantuan Jika Masuk No Pin Terbalik



SEBILANGAN daripada kita tentu pernah membaca penyebaran mesej melalui SMS dan menerusi laman sosial seperti Facebook, berkenaan cara menyelamatkan diri ‘secara senyap’ jika dipaksa untuk mengeluarkan wang menerusi mesin ATM oleh penjenayah.

Kononnya, dalam keadaan darurat, jika kita memasukkan nombor pin secara terbalik – wang akan tetap dikeluarkan menerusi ATM tetapi pihak bank akan segera memaklumkan situasi cemas itu kepada pihak polis.

Ternyata perkara ini TIDAK BENAR sama sekali.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi laman Facebook sebentar tadi memaklumkan, pengesahan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) telah dibuat dan tidak ada kod sekuriti dengan cara memasukkan nombor pin terbalik pernah diwujudkan bagi menjamin keselamatan pengguna mesin ATM.

Justeru, PDRM menyeru agar rakyat Malaysia berhenti menyebarkan maklumat yang tidak sahih kandungannya ini. -

Sumber: Facebook Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )



Fullscreen capture 11122013 33018 PM
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger