Home » » Sandiwara ; Pas Hentam Karpal Singh Kononnya Bersuara Serak-Serak Kentut?!!

Sandiwara ; Pas Hentam Karpal Singh Kononnya Bersuara Serak-Serak Kentut?!!

Written By Unknown on 11/11/2013 | 2:00 pm


Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah menyifatkan Karpal Singh seorang tokoh yang membawa suara ganjil dalam pakatan PAS, DAP dan PKR. Sehubungan itu apa yang disuarakan oleh Pengerusi DAP itu disifatkan beliau bukanlah suatu yang perlu diberi perhatian. 

Timbalan Menteri Besar Kelantan ini mengulas kenyataan karpal singh yang sering menimbulkan kontroversi. Antaranya menyarankan semua parti politik dan pertubuhan profesional berasaskan kaum dan agama dibatalkan pendaftarannya. 

Bagi karpal singh parti politik dan pertubuhan profesional seumpama itu tidak sesuai diamalkan di negara ini dan berbahaya kepada negara - Syuhada Rais


Karpal Digesa menarik balik kenyataannya dan memohon maaf!

Dewan Pemuda PAS meminta Pengerusi DAP, Karpal Singh untuk menarik balik dan memohon maaf secara terbuka kepada PAS mengenai cadangannya supaya parti politik atau persatuan yang berasaskan kaum dan agama termasuk PAS dibatalkan pendaftaran.

“Kami, dari Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, berharap Karpal akan menarik balik kenyataannya dan memohon maaf secara terbuka terutamanya kepada PAS. Kami tidak mahu hubungan dalam Pakatan Rakyat terjejas,” kata Ketua Pemudanya, Kamaruzaman Mohamad dalam satu kenyataan pada Rabu.

Kamaruzaman berkata Karpal tidak harus menyamakan PAS dengan parti politik berasaskan agama dan kaum lain atau badan profesional.

“Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Peribahasa ini jelas menggambarkan kenyataan pengerusi DAP itu,” katanya.

Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor pada Selasa menyelar Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) yang mengingatkan Majlis Peguam supaya tidak menyokong isu penggunaan kalimah Allah dalam edisi bahasa Malaysia majalah katolik The Herald.

Beliau berkata, pendaftaran persatuan seperti itu patut dibatalkan.

Karpal turut mencadangkan parti politik atau persatuan yang berasaskan kaum dan agama dibatalkan pendaftaran atau diubah suai agar boleh disertai oleh semua rakyat tanpa mengira batasan kaum dan agama.

“Masanya sudah tiba bagi semua parti berasaskan kaum dibatalkan pendaftarannya termasuk, malang sekali, PAS,” katanya.




Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger