Home » » #PRKSgLimau ; Punca Pengundi Cina Beralih Arah

#PRKSgLimau ; Punca Pengundi Cina Beralih Arah

Written By Unknown on 05/11/2013 | 5:00 pm



Oleh ZR ;

Keputusan pilihan raya kecil (PRK) di Sungai Limau benar-benar mengejutkan semua pihak, lantaran perubahan mendadak sikap pengundi Cina yang mula bertukar angin. Menurut perangkaan yang diperoleh dari Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), DUN Sungai Limau mempunyai seramai 1,850 pengundi Cina atau 6.7 peratus daripada 27,222 orang pengundi keseluruhan.
Malah melalui pemerhatian awal, majoriti pengundi Cina memperlihatkan reaksi tidak menyokong mana-mana pihak yang bertanding. Rata-rata mereka memberi reaksi neutral tidak seperti pengundi dan penyokong Melayu. Selain daripada itu juga, rata-rata pengundi Cina yang datang mengundi dilihat hadir dengan tidak membawa bendera parti atau memakai pakaian parti.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini berkata PRK pada kali adalah merupakan platform terbaik untuk mengukur tahap perubahan sikap masyarakat Cina terhadap BN. Beliau turut mengatakan keputusan pada kali ini boleh menjadi penanda aras mengenai kesediaan masyarakat itu menyatakan sokongan terhadap kerajaan.
Kerusi DUN Sungai Limau, disahkan kosong berikutan kematian Azizan pada 26 September yang lalu. bekas pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris , Dr Ahmad Sohaimi dipilih untuk mewakili BN dalam pertandingan satu lawan satu menentang calon Pas, Mohd Azam Abdul Samat, 37, pengarah rangkaian pusat pendidikan awal kelolaan parti itu, Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Kedah.
Menurut penganalisis politik, pengundi Cina jelas menunjukkan perubahan sikap yang ketara apabila rata-rata di kalangan mula menunjukkan sikap yang positif dengan peratusan kehadiran di program-program BN sepanjang tujuh hari berkempen. Tidak cukup dengan itu, kehadiran jentera Wanita Umno yang berkunjung di premis perniagaan dan kediaman mereka juga menunjukkan sambutan yang menggalakkan.
Paling mengejutkan ialah, hanya sekitar 100 - 300 orang sahaja masyarakat Cina yang hadir ketika program Anwar Ibrahim di kawasan penempatan masyarakat itu di pekan Sungai Limau. Sedangkan umum mengetahui betapa mereka sebelum ini begitu taksub dengan Anwar yang dirasakan mampu menumbangkan kerajaan BN/Umno dalam pilihan raya umum yang lalu.
Malah sekiranya dilihat daripada keputusan undi yang diterima jelas membuktikan penolakan kaum Cina yang mula sedar akan penipuan yang dilakukan oleh Anwar. Sebagai contoh ketika PRU yang lalu dianggarkan hampir 90 peratus pengundi Cina telah keluar mengundi dan memberikan sokongan kepada calon pakatan pembangkang.
Berbanding 51.05 peratus sahaja yang keluar untuk mengundi dari jumlah keseluruhan 1,850 pemilih. Dari jumlah tersebut seramai 771 pemilih dari masyarakat Cina tidak hadir menunaikan tanggungjawab mereka. Menurut bacaan sikap yang dijalankan hampir 300 responden yang ditemui memilih untuk tidak mengundi pembangkang, manakala yang selebihnya adalah merupakan pengundi luar yang tidak mahu pulang untuk mengundi.
Kesimpulannya, pendedahan demi pendedahan yang dilakukan berhubung pembohongan Anwar sebelum ini telah menyebabkan masyarakat Cina mengambil keputusan untuk menolak calon dari pakatan pembangkang. Apa yang di harapkan semoga momentum sokongan akan berjaya dikekalkan sehingga PRU-14 kelak.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger