Home » » #PRKSgLimau ; Mahfuz Bakal Mampos, Sebab Gambar Mukriz

#PRKSgLimau ; Mahfuz Bakal Mampos, Sebab Gambar Mukriz

Written By Unknown on 02/11/2013 | 8:30 pm



Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar sekali lagi naik sawan apabila melihat peningkatan sokongan masyarakat di Sungai Limau terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Omar. Maklumlah, dia sebelum ini merasakan Umno sebagai parti ‘underdog’ pasti akan berdepan dengan laluan sukar di DUN yang telah lama menjadi kubu kuat Pas itu.

Masakan tidak, sudah hampir 20 tahun DUN Sungai Limau berada di bawah penguasaan Pas, namun itu tidak bermakna sokongan itu akan kekal selamanya. Ini kerana sekiranya parti itu tidak berdepan dengan masalah perpecahan dan sabotaj dalaman, sudah pasti akan menyukarkan Umno untuk menembusi kawasan hitam itu.

Malah masyarakat Sungai Limau dan majoriti rakyat Kedah tahu akan masalah yang sedang melanda parti yang kononnya memperjuangkan Islam itu. Masing-masing cuba menonjol dan saling menjatuhkan antara satu sama lain. Namun apa yang menyedihkan, mereka saling menggunakan Islam sebagai perisai untuk membunuh ‘musuh politik’walaupun berada di bawah payung yang sama.

Mahfuz yang sebelum ini dilabelkan sebagai Naib Presiden kelas 3, kerana sering membawa isu remeh, dilihat sebagai kesilapan utama Pas pusat. Ini kerana pelantikannya sebagai Pesuruhjaya Pas Negeri untuk mengemudi jentera perang telah meletakkan Pas Kedah semakin teruk berpecah kerana masalah dalaman.

Berbalik kepada isu yang dibangkitkan, Mahfuz sebelum ini cuba mempertikaikan isu gambar poster calon BN yang dikatakan akan mengelirukan pengundi. Dia berkata, perkara itu berlaku kerana pengundi Dun Sungai Limau mungkin terpengaruh atau tertipu kononnya yang bertanding itu adalah Mukhriz, yang merupakan Menteri Besar Kedah, dan bukannya calon BN.

"Saya nak SPR beri penjelasan siapakah yang bertanding, adakah Mukhriz ataupun Dr Ahmad Sohami Lazim?

“Apakah untuk mendapatkan populariti kononnya seolah-olah Mukhriz lebih popular berbanding calon BN yang tidak popular. Jadi, untuk menawan hati dan pemikiran pengundi-pengundi, maka digunakan gambar Mukhriz seolah-olah calon yang bertanding di Dun Sungai Limau adalah Mukhriz,” katanya.

Namun apa yang menghairankan ialah, Mahfuz lansung tidak membangkitkan isu Pas yang mengunakan gambar Mantan Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak sepanjang tempoh kempen dijalankan.

Malah baru-baru ini media arus perdana turut mempertikaikan tindakan parti itu yang mengunakan tekniksuperimposed untuk menipu pengundi yang rata-rata mempunyai hubungan keluarga dengan Allahyarham Ustaz Azizan. Mereka dilaporkan telah mereka cipta beberapa keping gambar, yang bertujuan untuk membayangkan kononnya calon Pas itu mempunyai hubungan rapat dengan Allahyarham Ustaz Azizan.

Malah para petugas yang ditemui turut mendedahkan, bagaimana Mahfuz selaku Ahli Parlimen Pokok Sena turut mengunakan gambar mantan Presiden Pas, Allahyarham Dato Fadzil Mohd Noor ketika kempen pilihanraya umum yang lalu.

Itu belum lagi di ambil kira, pendekatan Pas yang mengunakan gambar Hadi Awang dan Nik Aziz ketika berkempen. Malah gambar Nik Aziz berdoa adakalanya lebih banyak dari gambar calon Pas sendiri, seolah-olah bekan Menteri Besar itu yang bertanding di setiap kawasan.

Kesimpulannya, ada baiknya Mahfuz ini mencermin dirinya terlebih dahulu sebelum mempertikaikan gerak kerja orang lain. Kepada Mukhriz di harap meneruskan semua gerak kerja yang telah dan sedang dijalankan ketika ini. Pedulikan Mahfuz Omar itu, kerana kariernya bakal ‘mampos’ sebaik sahaja pihak SPR mengumumkan kemenangan calon BN pada 4 November ini.



-ZR-
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger