Home » » #PRKSgLimau ; Kaki Ustaz Bahan Kempen Menghina..Kenapa Cybertrooper Pakatan Haram Tahu Dahulu?

#PRKSgLimau ; Kaki Ustaz Bahan Kempen Menghina..Kenapa Cybertrooper Pakatan Haram Tahu Dahulu?

Written By Unknown on 02/11/2013 | 5:06 pm

kaki 1

Nampaknya, 48 jam terakhir sebelum pilihan raya kecil Sungai Limau berlangsung, kehangatan dan taktik terdesak untuk meraih undi semakin menjadi-jadi di situ.

Terbaru, beberapa patung (hanya bahagian bawah) yang dipotong kaki dan ditulis Kaki Ustaz dikesan digantung di beberapa lokasi.
Timbul persoalan ia angkara siapa?

Pihak Pakatan Rakyat (PR) dengan pantas menuding jari ia adalah perbuatan Barisan Nasional (BN) dengan mengaitkan ia kepada ucapan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai gula dan kaki bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Datuk Seri Azizan yang terpaksa dipotong.

Namun, di pihak BN pula menuduh ia perbuatan PR.
Ini kerana, jika PAS sanggup menggunakan teknik pertindihan gambar antara calon mereka dengan Ustaz Azizan, maka mungkin mereka atau parti lain dalam PR seperti PKR atau DAP menggunakan taktik kotor seperti itu.

Kalau difikirkan lojik, takkan sebodoh itulah jentera BN untuk meletak patung di merata tempat di kubu kuat Allahyarham Ustaz Azizan.
Buat apa hendak cari penyakit… sudah tentu benda itu akan menimbulkan kebencian kepada BN dan bukannya PR atau PAS.

kaki 2

kaki 3

kaki 4

Ini taktik kempen yang sangat hina.
Rasanya, pihak polis perlu diminta menyiasat ia perbuatan siapa.
Janganlah begitu terdesak sangat untuk kedua pihak hendak menang sehingga menghina Allahyarham yang banyak jasa kepada penduduk Kedah dan Sungai Limau.


**TERKINI: BN telah membuat laporan polis berhubung penyebaran patung tanpa kaki berkenaan dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom telah membuat penafian yang BN terbabit dengan taktik kempen hina seperti itu.

-mynewshub

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger