Home » » Pengundi Hantu: Anwar Cuba Bermain Isu Teknikal

Pengundi Hantu: Anwar Cuba Bermain Isu Teknikal

Written By Unknown on 21/11/2013 | 8:30 pm



Bayangkanlah apa perasaan penyokong-penyokong Anwar ketika ini setelah berhempas pulas, bertekak dan bergaduh sehingga tidak bertegur sapa dengan rakan dan jiran yang menyokong BN dalam PRU-13 lalu kerana percaya bahawa BN membawa lebih 40,000 pengundi hantu, tiba-tiba hari ini Anwar menafikan pula kisah yang dicanangnya sendiri.  

Kita dapat membayangkan perasaan yang sama di kalangan mereka yang sanggup berkhemah dan berbaring di dalam jerebu semata-mata untuk menghalang majlis angkat sumpah, tetapi sudahnya Anwar mengangkat sumpah sebagai Ketua Pembangkang dengan penuh ceria dan bangga. 

Bagaimanapun, tidak mustahil penyokong-penyokong Anwar adalah terdiri dari mereka-mereka yang buta tuli dan tidak merasa apa-apa.  Tidak mustahil sebaik Anwar menyatakan beliau tidak pernah menuduh BN membawa masuk pengundi dari Bangladesh, maka secara otomatik juga otak penyokong-penyokongnya akan memadamkan sebarang maklumat mengenai perkara itu yang diterima mereka dari Anwar.  

Namun, mungkin Anwar hanya ingin bermain sandiwara, mencuba-cuba taktik baru untuk membeli masa dan juga sedikit publisiti.  Ini kerana, logiknya, tidak mungkin Anwar berani menafikan tuduhannya yang begitu jelas dan telah disiar di dalam media rasmi PKR dan juga blog peribadinya:

(Menurut Anwar, 16 penerbangan sehari dibuat dari Kuching, Kota Kinabalu, Sandakan, Miri dan Sibu menggunakan pesawat jenis Jumbo dan C130 Hercules yang ditempah khas. “Berdasarkan pengiraan kami, 4,500 dibawa masuk ke KLIA setiap hari. Penerbangan dibuat kecuali pada 1 Mei, dan bermula 25 April lalu.  Ini bermakna 40,000 individu ragu ada dan masih memasuki melalui KLIA, tak termasuk rakyat asing yang melalui jalan darat, pelabuhan dan fasiliti seperti LCCT,” kata Anwar pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.)
Keadilandaily 2 Mei 2013

(We also received information that these flights were made at the instruction of the Prime Minister’s Department and made through a letter signed by a minister. The facts that we have established so far are:  The number of these flights, as many as 16 per day from East Malaysia primarily departing from Kuching and Kota Kinabalu as well as Sandakan, Miri and Sibu, with some flights using jumbo jets. The number of charter flights per day is more than even the number of charter flights during the Haj season.
Based on our calculations, as many as 4,500 people are being transported via the in-bound flights into KLIA each day. This has been taking place each day with the exception of May 1st, since April 25th. This means at least 40,500 dubious individuals have and are still entering via this method of chartered flights via KLIA. This does not include foreign nationals who are being moved through land routes and seaports or other airport facilities such as LCCT.
The points of arrival of these flights have been KLIA Sepang as well as Bayan Lepas and Senai. We also have information that military aircraft (C130 Hercules) are being used to bring in these phantom voters to land in smaller airports such as Batu Berendam and Ipoh.)

Dalam tuduhan Anwar di atas, beliau bukan sahaja menyatakan BN membawa masuk orang luar untuk mengundi, tetapi siap dengan cara kemasukan dan butiran serta tempoh penerbangan.  Apa yang tidak dapat dibentangkan oleh Anwar hanyalah nama setiap seorang dan di mana mereka berada pada hari ini. 

Namun, apa yang kita mungkin terlepas pandang ialah Anwar hanya memainkan isu teknikal.  Hakikatnya, penafian Anwar benar iaitu beliau tidak menuduh BN membawa masuk pengundi dari Bangladesh, tetapi hanya menuduh BN membawa pengundi dari luar tanpa menyatakan warganegara mana.  Yang membayangkan yang pengundi itu dari Bangladesh adalah media massa milik pembangkang termasuk laman-laman sosial dan juga penyokong-penyokong pembangkang di pusat pengundian. 

Ini dilakukan dengan menyiarkan gambar warga Bangladesh sedang beratur di lapangan terbang dan juga memprovokasi mereka yang ‘berwajah’ Bangladesh di pusat-pusat pengundian sebelum menyebarkannya di media sosial.

Justeru, kita harus berhati-hati dengan Anwar yang amat gemar bermain dengan strategi teknikal.  Apa yang Anwar lakukan pada PRU-13 lalu hanyalah untuk mencetuskan kekecohan dan seboleh-bolehnya ketegangan dan huru-hara yang besar sehingga dapat menjatuhkan kerajaan.  Dan beliau boleh dikatakan berjaya untuk membuat kecoh sebentar sahaja.  Kini semuanya sudah reda dan beliau juga sudah semakin tenggelam dan Anwar perlu mencari strategi baru untuk kembali duduk di dada akhbar. 

Untuk itu, beliau nampaknya sudah berjaya juga, di mana hampir semua akhbar dan media sosial sedang memperkatakan tentang ‘U-turn’ yang dibuatnya.  Bagaimanapun, akhirnya, yang bakal menentukan menang-kalah Anwar-BN dalam isu U-turn ini hanyalah perkataan ‘Bangladesh’. 

Oleh itu, apa yang penulis ingin katakan ialah, Anwar Ibrahim tidak perlu dilayan.  Tutup sahaja buku mengenai beliau dan juga pembangkang dan tumpukan kepada isu penting berkenaan mewujudkan projek untuk meningkatkan pendapatan negara agar tidak perlu lagi menekan golongan bawahan melalui pemotongan subsidi mahupun membebankan golongan sederhana dengan cara meningkatkan cukai pendapatan. 

Kita percaya, sepertimana penyokong Anwar di era pemecatannya akhirnya kembali ke pangkal BN, penyokongnya hari ini juga sudah semakin menyedari akan tipudayanya dan mula meninggalkannya.  Apa yang kita perlu lakukan adalah membijaksanakan BN bagi melonjakkan keyakinan rakyat.

Bercakap mengenai ‘kebijaksanaan’, sebenarnya ada perkara yang jauh lebih besar dari tipudaya Anwar Ibrahim dalam episod pengundi hantu ini iaitu, kelicikan DAP.  
Sedarkah kita bahawa dalam kekecohan dalam mencari pengundi hantu ‘berwajah’ Bangladesh, semua pihak telah ‘dipaksa’ untuk terlepas pandang akan kemungkinan wujudnya pengundi hantu ‘berwajah’ Cina? 

Ingatlah bahawa lonjakan jumlah undi majoriti di kawasan Cina adalah melampau-lampau yang tidak mustahil berkaitan dengan ‘kehilangan’ ribuan pelancong Cina di negara ini.  Apa yang lebih meragukan ialah hampir setiap kekecohan yang timbul berkenaan pengundi hantu Bangladesh di pusat pengundian, dimulakan oleh orang-orang Cina.  Orang-orang Cina jugalah yang begitu giat memainkan isu ini di laman-laman sosial melalui gerakan Red Bean Army.  Penyokong pembangkang, orang-orang Melayu dan India pula hanya menyambutnya dan turut memperbesarkannya. 


Jika apa yang diragui ini benar, maka semakin jelaslah bahawa Anwar Ibrahim juga adalah tidak lebih dari alat kepada DAP untuk menutup strategi sebenar dalam usaha melonjakkan undi parti rasis Cina itu. 
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger