Pengerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (Tekun) Datuk Hamidah Osman memenangi kembali jawatan Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng pada pemilihan semula jawatankuasa sayap itu yang berlangsung hari ini.
Pada pemilihan yang diadakan di Bangunan Umno negeri Perak di sini, Pengerusi Tetap Wanita Umno bahagian Juhaini Shaari mengumumkan Hamidah meraih 173 undi menewaskan Juliliyana Mohd Junid yang mendapat 131 undi manakala seorang lagi calon bagi jawatan itu, Wan Razita Wan Razak menarik diri daripada bertanding.
Selain itu Feridah Zakaria diumumkan memenangi semula jawatan naib ketua Wanita Umno bahagian dengan 159 undi mangalahkan Che Ton Abdul Rahman yang memperoleh 139 undi.
Pemilihan itu diadakan selepas Jawatankuasa Pengurusan Umno meneliti laporan Jawatankuasa Khas Bantahan Umno yang dipengerusikan Tan Sri Azmi Khalid, dan memutuskan supaya pemilihan Jawatankuasa Pergerakan Wanita Bahagian Gopeng diadakan semula.
Proses pemilihan semula yang bermula sejak 8 pagi itu berjalan lancar tanpa sebarang kekecohan manakala Hamidah, Juliliyana dan Wan Razita dilihat turut hadir serta saling bersalam-salaman.
Ketika bercakap kepada pemberita selepas berakhirnya pemilihan, Hamidah berkata beliau bersyukur atas keputusan pengundian semula hari ini dan apa yang beliau perjuangkan adalah supaya pemilihan dapat dilaksanakan secara telus.
“Kami tuntut adalah keadilan, saya berharap dengan pemilihan hari ini saya dapat teruskan perjuangan dalam Umno, selain perpaduan antara Wanita Umno Gopeng dapat dipupuk kembali,” katanya.
Hamidah yang aktif dalam Umno sejak 30 tahun lepas dan memegang jawatan itu selama 15 tahun tewas dalam pertarungan untuk mempertahan jawatan Ketua Wanita bahagian itu pada pemilihan 12 Okt lepas.
Pada pemilihan itu, Juliliyana meraih 163 undi menewaskan Hamidah yang mendapat 143 undi manakala Wan Razita hanya memperoleh 20 undi.- BERNAMA
Aakj ; Masalah yang sama saja kalau d lihat dari aduan bahagian lain..dan hasrat yang sama juga akan d berikan ; TUNTUT KEADILAN..tapi kalau d perhalusi aduan UMNO Bahagian Kelana Jaya..ianya melibatkan KEADILAN dan ADUAN DISIPLIN..tapi hingga saat ini Jawatan Kuasa Khas Bantahan sepi..dah panggil kedua belah pihak namun tiada sebarang berita kedengaran..
Yang menjadi mangsa adalah perwakilan yang setia pada parti kerana mereka juga adalah mangsa kepada keadaan. Malah lebih teruk SMS, pesanan ringkas mula berlegar MENDAHULUI Jawatan Kuasa Khas Bantahan..SMS yang d sebarkan memberitahu bahawa TIADA KES kononnya itulah keputusan dari UMNO Pusat..
Entahlah..ambo malas nak cakap apa takut mendahului UMNO Pusat..cuma makin ramai ahli dah mula lontarkan bahawa mereka hilang kepercayaan pada pimpinan UMNO Bahagian yang ada sekarang..dah dapat kuasa mula SUARA tinggi lebih dari pekerja kedai mamak ambik order...sori tak hina tokey kedai..sekadar hiburan..ambo pun pelanggang kedai mamak...
"..bos kopi O beng satu..siiiAAPPPP !!!" lantang bergema hahahaha
Post a Comment