Home » » Pembunuh Pegawai AmBank ; "Joemar" Tutup Akaun Facebook Palsunya !!

Pembunuh Pegawai AmBank ; "Joemar" Tutup Akaun Facebook Palsunya !!

Written By Unknown on 13/11/2013 | 8:53 am






Akaun facebook rakan pembunuh pegawai operasi Ambank, Joemar Omar atau nama palsunya Osman Saleh telah ditutup.




Joemar, pemilik 2 akaun bank, Bank Islam dan Bank Simpanan Nasional. Sehingga kini pihak institusi kewangan mash membisu, belum lagi menjelaskan prosedur dipraktikkan sehingga pemegang MyKad palsu berpeluang membuka akaun bank.




Ringkasnya, untuk menutup akaun facebook, Joemar memerlukan kemudahan internet samada diperolehi dari rumah kenalannya atau kafe siber. Mengapakah dia bertindak menutup akaun terbabit? 

Penjenayah beasal dari Sulawesi Tenggara, Indonesia itu sedar, pelbagai maklumat telah dikumpulkan oleh pihak polis melalui informasi dicatatkannya selama aktif di facebook. Maklumat itu barangkali amat berguna untuk polis mengesan lokasi dia bersembunyi pada masa ini.


Kemaskini status terakhir bekas pengawal keselamatan HARAM itu dibuat pada 23 Oktober, hari kejadian Loade Ardina Loade Rasila, 35 tahun, menembak mati pegawai operasi AmBank, Norazita Abu Talib, di Subang Jaya, Selangor.

Menurut maklumat dikongsikan oleh polis, Joemar dipercayai masih memiliki RM428,200 wang hasil rompakan Loade Ardina tempoh hari.

Bayangkan, Loade kini meringkuk di lokap, Joemar pula bak cacing kepanasan diburu oleh pihak berkuasa dan dipercayai masih berada di Malaysia.




Saya percaya selain pihak polis, orang awam juga tidak keberatan untuk menghubungi pihak berkuasa sekiranya terlihat kelibat bajingan ini.


Blog Mazidul
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger