Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar
Syabas Team Ops Cantas BAman, telah berjaya tangkap pmbunuh/perompak kejam Ambank di JB pagi ini. TK Rakyat M'sia yg terus membantu@PDRMsia
Tahniah kepada PDRM dan syukur kepada Allah atas penangkapan ini.
Pada 23 Oktober 2013 yang lalu, Norazita Binti Abu Talib pegawai bank ditembak mati di Subang Jaya. Mangsa dilaporkan ditembak oleh pengawal keselamatan ketika sedang membuka bilik kebal untuk menyimpan duit dalam bank berkenaan. Insiden berlaku pada pukul 6.30 petang di sebuah cawangan Ambank di USJ 2 Sentral, Subang Jaya.
Identiti pengawal keselamatan terbabit dikenali sebagai Ardi bin Hamza yang berasal dari Tawau Sabah, walau bagaimanapun maklumat tersebut diperolehi daripada kad pengenalan palsu yang dimiliki oleh pembunuh. Sebelum kejadian, mangsa telah memasuki bilik kebal bank bersama empat lagi pegawai bank serta suspek untuk menyimpan wang. Namun suspek yang bersenjatakan ‘pump gun’ telah bertindak dengan melepaskan tembakan dan mengenai kepala mangsa. Suspek kemudian melarikan diri dengan motosika.
Post a Comment