-ZR- ;
Walaupun pilihan raya umum telah
melabuhkan tirainya, namun saban hari ada sahaja laporan mengenai ketidakpuasan
hati para pengikut dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ada yang mengambil pendekatan
memendam rasa dan tidak kurang juga yang mula menzahirkan rasa ketidakpuasan
hati mereka dengan mengumumkan untuk keluar dari parti yang hidup atas
sandiwara dan drama.
Terbaru, dilaporkan hampir 90 peratus ahli
jawatankuasa parti itu dari cabang Kota Belud mengumumkan untuk ‘keluar’ beramai-ramai.
Sebelum ini pula media melaporkan seramai 70 orang ahli PKR dari Cabang Pandan
turut mengambil tindakan yang sama kerana sudah hilang kepercayaan terhadap
parti yang menganggap Anwar Ibrahim adalah segala-galanya.
Selain ahli dan penyokong mereka, parti
itu juga berdepan dengan masalah apabila Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun)
Kadamaian, Jeremy Malajad turut mengambil keputusan untuk tidak lagi menyokong
parti itu. Pada Jumaat lalu pula, Adun Matunggong, Datuk Jelani Hamdan
dilaporkan telah meletakkan jawatannya sebagai Naib Presiden PKR Sabah dan
menganggap dirinya bukan lagi anggota parti kera tidak berpuas hati dengan
barisan kepimpinan negeri.
Sekiranya sebelum ini, apabila ada ahli
atau penyokong mereka yang mengumumkan untuk keluar parti, pembangkang dengan
segera mendakwa ia hanyalah gimik yang dilakukan Umno bagi berhadapan dengan
pilihan raya. Namun apa pula alasan mereka apabila tindakan tersebut dilakukan
selepas pilihan raya?
Selain PKR, parti yang dilabelkan
sebagai ‘ultra kiasu’ DAP turut berdepan dengan masalah yang
sama. Pada 27 September lalu,
ADUN Luyang, Hiew King Cheu mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat
Bebas yang menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN).
Malah mengikut pemerhatian yang dijalankan
terhadap DAP, walaupun mereka berjaya meyakinkan pengundi Cina untuk menolak BN
sekali gus menambah bilangan kerusi pada pilihan raya umum yang lalu. Namun
parti itu dikatakan sedang berdepan dengan masalah perpecahan dalaman yang
sangat serius.
Berikut adalah antara masalah yang sedang
dihadapi oleh parti itu diperingkat negeri:
JOHOR
Pengerusi DAP negeri ini, Dr. Boo Cheng Hau tidak begitu digemari
oleh dinasti Lim dan puak-puak mereka sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Ini khususnya apabila beliau dilihat begitu lantang mengkritik kepimpinan Lim.
Perkara ini sudah berlaku sebelum pilihan raya umum ke-13 lagi. Oleh demikian,
terdapat dakwaan daripada ahli DAP bahawa dinasti Lim sengaja membuat keputusan
untuk bertanding di beberapa kawasan yang rata-rata mempunyai undi Cina dengan
membelakangkan Cheng Hau bersama pengikut- pengikut lain yang selama ini telah
bertungkus-lumus membangunkan DAP Johor.
Cheng Hau merupakan tunjang utama yang berpengaruh dalam membawa
sokongan masyarakat Cina secara khusus dan lain-lain bangsa kepada DAP. Cheng
Hau juga mempunyai barisan kepimpinan tertinggi negeri yang setia kepada beliau
kerana yakin dengan beliau sehinggalah muncul Lim Kit Siang di Gelang Patah.
Tidak cukup dengan itu, Kit Siang turut membawa masuk Liew Chin
Tong dari Pulau Pinang (Bukit Bendera) dan Teo Nie Ching (Serdang) untuk
mengukuhkan kedudukannya. Kedua-dua pemimpin ini pula merupakan orang kuat
dinasti Lim. Malah, dikatakan sudah ada dakwaan terdapat 'tangan ghaib' dari
DAP pusat yang bertindak menukar calon-calon mengikut'selera' dan
kepentingan mereka demi memastikan kuasa dan pengaruh Cheng Hau berkurangan.
Perkara ini berterusan walaupun selepas PRU lepas. Kali ini lebih
terbuka dengan terdapat usaha untuk 'mencantas' Cheng Hau selamanya. Perkara
ini dijangka akan berlaku pada Konvensyen DAP negeri 2013 Disember ini.
Antara dijangkakan, Cheng Hau mungkin 'ditendang' keluar dan
digantikan dengan Chin Tong yang juga pengikut setia Kit Siang yang akan
mengikut semua kehendak mereka.
KEDAH
DAP Kedah pula tampak tidak sehaluan dengan pusat apabila akar
umbi di negeri itu menyokong bekas pengerusi negeri, Lee Guan Aik yang dipecat
oleh DAP pusat. Malahan Guan Eng bertindak melantik anak emasnya, Zairil Khir
Johari yang sering mendapat jolokan Melayu celup untuk menggantikan Guan Aik.
Apa yang peliknya, pengikut serta ahli DAP di Kedah masih mahukan
Guan Aik dan menolak Zairil yang tidak pernah mempunyai sebarang kaitan dengan
DAP Kedah sebelum ini. Guan Aik juga merupakan antara pengkritik dinasti Lim
yang disifatkan 'sudah lari' dari prinsip parti.
Guan Aik mendakwa, berlaku amalan pancung-memancung dalam DAP
Kedah yang didalangi dua pimpinan DAP Pusat mewakili CEC yang diarahkan untuk
menyelia negeri ini selepas PRU-13. Berikutan itu, beliau mahu Pendaftar
Pertubuhan (ROS) menyiasat lantikan jawatankuasa interim DAP Kedah tersebut
yang didakwa dilakukannya secara terburu-buru.
Katanya, tindakan itu bukan sahaja sebagai usaha untuk merosakkan
imej parti tersebut, sebaliknya mahu menyelamatkannya daripada 'tangan-tangan
hitam' yang berada dalam parti itu sendiri.
Guan Aik menambah, dia percaya setiap kejadian yang melanda
pimpinan DAP Kedah sebelum PRU-13 lalu juga adalah dirancang oleh 'tangan-tangan
hitam' daripada DAP Pusat yang cuba masuk campur berkaitan urusan di negeri.
Terdapat khabar angin yang mengatakan Zairil dari Pulau Pinang sengaja dilantik
supaya boleh mengetuai kepimpinan di Kedah dan dikuasai oleh kumpulan dinasti
Lim yang ketika ini lebih dikuasai oleh penyokong bukan dinasti Lim.
MELAKA
Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri, Goh Leong San dari DAP
meletakkan jawatan serta-merta apabila disindir oleh ADUN DAP kerana ucapannya
yang memuji Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Seri Haron.
Beliau sebelum itu menyuarakan rasa kagum dan memuji kematangan
yang ditonjolkan Idris dalam menerajui kepemimpinan kerajaan negeri. Peletakan
jawatan Leong San telah diikuti oleh ADUN Bachang, Lim Jak Wong sebagai Ketua
Whip.
Adalah sungguh memeranjatkan apabila Leong San bertindak
sedemikian kerana selama ini DAP Melaka merupakan satu-satunya negeri dalam
parti itu yang masih bersatu dan walaupun berlainan kem, masing-masing sanggup
berdiam diri atau menyelesaikan kemelut dalam keadaan tertutup dan sukar dihidu
oleh mana-mana pihak.
Leong San juga dianggap sebagai musuh utama yang sering tidak
berpuas hati dengan cara kepimpinan tertinggi pusat mentadbir parti itu. Pernah
beberapa kali secara lantang dia mengkritik dinasti Lim. Adalah agak sukar
untuk dinasti Lim dan puaknya melebarkan kuasa di Melaka seandainya Leong San
masih berpengaruh di negeri itu.
Natijahnya, akibat memuji Ketua Menteri, alasan itu terus
dipergunakan untuk menekan beliau sehingga meletak jawatan. Pada pemilihan
parti depan, Leong San sudah tentunya tidak lagi berpeluang memegang jawatan
itu lagi. Dengar khabar, salah seorang keluarga terdekat dinasti Lim akan
memegang jawatan Pengerusi negeri tersebut.
PERAK
Operasi cantas mencantas kali ini juga bakal menyaksikan kejatuhan
pasangan sepupu, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming yang tidak pernah sehaluan
dengan dinasti Lim malah menganggap Perak sebagai 'milik' mereka.
Adalah sedikit sukar untuk sebarang tangan ghaib menyentuh hal
negeri ini. Namun dengan menggunakan sekumpulan pemimpin dari DAP Pusat, maka
sedikit kekecohan sedang dilakukan dari semasa ke semasa untuk memastikan
kepimpinan pasangan sepupu itu semakin lemah. Pada konvensyen negeri kali ini
mungkin kuasa kedua-dua mereka akan beralih arah kepada M.Kulasegaran dan
Thomas Su yang merupakan pengikut tegar dinasti Lim.
PAHANG
Perkara yang sama juga terjadi di Pahang di mana sekumpulan
pemimpin negeri digantung selama enam bulan dan tidak dibenarkan bertanding
pada pemilihan negeri yang akan diadakan pada masa terdekat. Punca mereka
digantung ekoran sokongan kepada ahli DAP yang keluar parti dan bertanding
secara bebas. Antara yang digantung ialah ADUN Tras, Choong Siew Onn. Mereka
ini bukanlah penyokong tegar dinasti Lim yang akan mengikut rentak lagu yang
dimainkan.
SELANGOR
Datuk Teng Chang Kim yang merupakan musuh 'ketat' dinasti
Lim juga dijangka dicantas selamanya. Namun proses itu mungkin memakan masa.
Walaupun Chang Kim merupakan jaguh dalam memperjuangkan prinsip parti dan
berjaya mengekalkan nama baik dalam kalangan ahli dan penyokongnya, namun
kehadiran beliau dari awal lagi tidak disenangi oleh mana-mana penyokong tegar
dinasti Lim.
Beliau terlampau vokal sehingga kadang- kadang amat sukar untuk
mengawalnya.
Tidak ketinggalan parti yang sering mengunakan Islam sebagai modal
menarik sokongan rakyat Pas, turut berdepan yang isu dalaman yang meruncing.
Pertembungan antara 2 kumpulan antara Ulama dan Liberal dalam pemilihan kali
ini sudah cukup meletakkan parti itu berada dalam masalah yang memeningkan.
Post a Comment