Home » » Muktamar Pas 2013 ; Mat Sabu Melompat Gembira !!!!!

Muktamar Pas 2013 ; Mat Sabu Melompat Gembira !!!!!

Written By Unknown on 23/11/2013 | 8:30 pm





KEJAYAAN (tidak rasmi setakat artikel ini ditulis) Mat Sabu dalam mengekalkan jawatan sebagai Timbalan Presiden PAS, dilihat satu kejayaan kepada fahaman liberalisme yang diharapkan Anwar Ibrahim untuk menguasai PAS – mengatasi fahaman agama yang jadi jatidiri PAS sejak sekian lama.

Nampak sangat imej lebai, tuk guru berjubah dan berketayap yang menjadi pandangan biasa dalam parti tersebut zaman berzaman, kini bakal diambil alih oleh mereka yang berkameja dan tidak memakai apa-apa sebagai hiasan di kepala.

Ketua Pemuda sebagai contoh, liberal dah ambil alih.

Anwar dan Kit Siang sudah semestinya gembira dengan keadaan ini. Impiannya untuk melihat parti seperti PAS hilang identiti Islam yang dipegang sejak dari dalam UMNO, sudah mula menunjukkan kejayaan.

Cuma mungkin Anwar dan DAP tak sangka kejayaan itu diperolehinya dalam keadaan PAS menjadi sahabat, bukan sebagai musuh.

Bagi UMNO, penulis harap kejayaan Mat Sabu ini tidak dilihat bakal memberi apa-apa signifikasi yang besar kerana sebagai parti yang mengamalkan proses pemilihan 2 tahun sekali, apa pun boleh berubah sehingga PRU14 berlangsung pada 2018.

PAS sudah jadi semakin tidak relevan kepada orang Islam dan Melayu sekarang, malah tak keterlaluan dikatakan, PAS semakin hilang arah tujuan dalam perjuangan politik. Dulu ada juga kelebihan sebab PAS memperjuangkan Islam, tapi sekarang, kita sudah tidak pasti lagi.

Lagipun, Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden telah memberikan banyak keuntungan pada UMNO. Dengan adanya Mat Sabu, UMNO berjaya meningkatkan jumlah kerusi Parlimen serta DUN, merampas Kedah dengan Mat Sabu sendiri kalah di Pendang – kubu kuat PAS dalam PRU13 yang lepas.

Kalau keadaan ini berterusan dan mungkin pada bila-bila masa dalam tempoh 4 tahun lebih ini Mat Sabu terus mengekalkan jawatan tersebut (atau menjadi Presiden mungkin), UMNO pasti mempunyai kelebihan yang tidak ada tandingannya berbanding dengan PAS.

Tapi masalahnya, dengan Mat Sabu, sokongan terhadap PAS di kawasan bandar akan terus meningkat. Bukan Melayu dah tak ragu-ragu lagi nak undi PAS sebab diaorang tahu PAS dah sama macam PKR dengan DAP, selagi Mat Sabu ada di atas.

Inilah yang UMNO kena fikirkan.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger