Home » » Muat Naik Foto Bercium Di Facebook ; 3 Remaja Berhadapan Hukuman 5 Tahun Penjara

Muat Naik Foto Bercium Di Facebook ; 3 Remaja Berhadapan Hukuman 5 Tahun Penjara

Written By Unknown on 26/11/2013 | 9:00 pm


Maghribi – Tiga remaja yang mendapat liputan meluas susulan gambar bercium mereka yang dimuatnaik dalam Facebook hingga menyebabkan mereka ditangkap, kini memohon supaya mahkamah hanya memberikan teguran, berbanding hukuman penjara.


Remaja tersebut berdepan hukuman penjara lima tahun kerana berkelakuan tidak senonoh.


Rayuan berkenaan dibuat peguam mereka semalam dan hakim dijangka memberikan keputusan kes berkenaan pada 6 Disember ini.

Tertuduh adalah sepasang kekasih iaitu remaja lelaki dan perempuan berusia 15 serta 14 tahun dan seorang lagi remaja lelaki berusia 15 tahun.
Pasangan remaja itu telah bercium manakala rakan mereka pula telah mengambil gambar berkenaan ketika waktu persekolahan di bandar Nador.
Mereka hadir 
di mahkamah bersama ibu bapa masing-masing dan peguam bela mereka.

Menurut peguam bela mereka, terdapat tanda-tanda positif bahawa hukuman itu mungkin diringankan.


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger