Home » » Moody's "Dari Stabil ke Positif" : Bukti Tindakan Kerajaan Tepat

Moody's "Dari Stabil ke Positif" : Bukti Tindakan Kerajaan Tepat

Written By Unknown on 21/11/2013 | 10:00 pm


Malaysia sebelum ini telah menerima amaran dari Fitch Ratings iaitu agensi penarafan kewangan yang membuat penilaian kurang memberangsangkan berkenaan kedudukan hutang negara.  Dari situ, kerajaan telah mengambil langkah-langkah drastik seperti mengurangkan subsidi bagi memulihkan kedudukan Malaysia di mata pelabur asing. 
Penilaian dari Fitch seharusnya dilihat hikmah di mana ia berjaya membantu kepimpinan mengambil langkah awal untuk memulihkan keadaan. 
Hari ini, ternyata kepimpinan telah berjaya melonjakkan penarafan kewangan Malaysia sepertimana yang direkodkan oleh Moody’s Investor Service, iaitu satu lagi agensi penarafan kewangan antarabangsa.  Penilaian Moody dikategorikan kepada 9 tahap iaitu Aaa, Aa, A, Baa, Ba, B, Caa, Ca dan C dengan tahap ketepatan yang dinilai dari nombor 1, 2 atau 3.
Moody telah menilai Malaysia di tahap A3 dalam kedudukan bon asing sekali gus menukar penarafan dari stabil kepada positif.   Bon tukaran asing jangka panjang dan deposit pula masing-masing berada di tahap siling A1 dan A3.  Kadar risiko tukaran tempatan pula berada pada tahap siling A1.
Bersandarkan mandat yang diperolehi kerajaan BN melalui PRU yang lalu, Malaysia dijangka akan mengalami kesukaran untuk kekal kukuh dari segi kewangan.  Ini ditambah lagi dengan percubaan demi percubaan dari berbagai pihak untuk mencetuskan ketidakstabilan melalui demonstrasi dan provokasi kaum dan agama yang tidak kunjung henti. 
Bagaimanapun, terbukti Malaysia berjaya mengharungi semuanya dan kini kedudukan kewangan Malaysia kekal kukuh.  Apa yang berlaku membuktikan kebijaksanaan kerajaan dan juga kematangan rakyat negara ini. 
Langkah kerajaan untuk mengurangkan subsidi minyak sebelum ini dilihat sebagai faktor utama yang membawa kepada laporan positif Moody. 
Selain itu, agensi tersebut juga menerima baik langkah kerajaan untuk memperkenalkan GST dalam masa terdekat.  Secara dasarnya, Moody meletakkan keyakinan terhadap Malaysia untuk mengurangkan defisit yang mana akan turut menstabilkan jumlah hutang negara. 
Dari laporan Moody, adalah didapati bahawa Malaysia merupakan negara yang pesat membangun dengan kadar inflasi yang rendah berbanding semua negara lain yang mendapat taraf A. 
Pendapatan Kasar Dalam negara telah mencatatkan peningkatan sebanyak 5.1% iaitu yang tertinggi di antara semua negara bertaraf A.  Malaysia juga memperlihatkan peningkatan dalam pelaburan swasta dengan kadar purata 17% dari 2010-2012 iaitu lebih tinggi dari tempoh 5 tahun sebelumnya.   Di masa yang sama, Malaysia juga memperlihatkan pembayaran yang sihat. 
Moody turut menyatakan bahawa rekod cemerlang Malaysia ini antara lainnya berpunca dari  kecekapan Bank Negara. 
Secara dasarnya, kedudukan kewangan di Asia Pasifik dijangka stabil sehingga 12 bulan akan datang.  Namun, Malaysia tidak harus leka kerana laporan Moody mengenai perkembangan yang dijangka akan semakin perlahan di China mungkin akan menjejaskan kita. 

Setakat ini, Australia dan Indonesia telah mengalami sedikit kesan dari keadaan ekonomi China ini apabila China mengurangkan import bahan semulajadi. 


Bagaimanapun, kita pasti kerajaan sedia maklum akan perkara ini dan akan mengambil langkah awal bagi mengelak sebarang kesan ke atas Malaysia. 
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger